Kung Fu Yoga Review: Permulaan Yang Masam Dengan Penamat Ala Hindustan


kung fu yoga, jackie chan, review, rating, sinopsis, ending, poster

Kung Fu Yoga Review: Permulaan Yang Masam Dengan Penamat Ala Hindustan.


Tajuk: Kung-Fu Yoga (2017)
Genre: Aksi, Pengembaraan, Komedi
Arahan: Stanley Long
Pelakon: Jackie Chan, Disha Patani, Amyra Dastur
Produksi: Sparkle Roll Media, Taihe Entertainment, Shinework Pictures
Durasi: 1 Jam 47 Min


Plot Awal

Jack (sejujurnya tak ada nama lain ke?) seorang pakar arkeologi China harus bekerjasama dengan Ashmita Professor dari India yang ingin mendapatkan semula harta karun Raja Magadha yang hilang. Maka di sinilah di mana si Ashmita ‘promote’ seni yoga dia, seperti biasa Jack menolak atas dasar percaya yang Kung Fu merupakan akar budaya masyarakat Cina.

Maka pengembaraan dimulakan dengan mencari kesan terakhir hulu balang tentera Magadha, pencarian diteruskan dengan beberapa babak yang kelakar tapi tak berapa kelakar. Tanpa buang masa orang jahat muncul macam tak ada apa-apa yang berlaku, yang tipikal pada awalnya hanya tahu mengarah, selepas melihat adegan aksi dan lagak Jackie Chan sendiri cerita dianjakkan ke 2 minggu kemudian.


Review

Pada mulanya kita dibawa ke zaman peperangan antara tentera China dan India, dengan bantuan kesan khas penganimasian semula kita dapat melihat aksi Jackie Chan walaupun secara digital. Meskipun kesan khas tersebut umpama tahap permainan video namun ianya tidaklah seteruk itu. Penggunaan CG masih boleh diterima pakai dan tidak menjengkelkan.

Motif orang jahat pun agak tipikal pada pendapat Abg Jo, ketua yang keji, tamak dan inginkan segalanya untuk diri sendiri serta tidak tahu erti kalah. Banyak juga garis plot yang sangat lemah yang mudah dibaca oleh penonton. Klimaks juga tak  seberapa ummp, dimana seperti biasa orang jahat ugut dan jadikan kawan-kawan Jack sebagai tebusan. Filem ini berakhir dengan tarian Bollywood (Ya, orang jahat pun turut serta).


Apa Kata Anda?

Letakkan pendapatan anda mengenai filem ini di ruang ‘Comment’ bawah yang telah disediakan.

Apa Komen Anda?

Kung Fu Yoga Review: Permulaan Yang Masam Dengan Penamat Ala Hindustan

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in