Lagi Kes Peniaga Online Menipu


Semenjak ini banyak pula kes peniaga online yang menipu ditangkap. Kes2 macam ni la buatkan peniaga-peniaga online yang ‘beretika’ yang lain mula risau disebabkan kepercayaan masyarakat. Jika dirujuk kembali, kes menipu ini ada dimana-mana perniagaan sekalipun, cuma berita itu heboh di media ataupun tidak.

Ada bagusnya peniaga online yang menipu itu ditangkap supaya tidak ada lagi kes-kes pelanggan ditipu berterusan. Cuma kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam menilai itu adalah ‘trusted seller’ ataupun tidak. Boleh rujuk syarikat itu berdaftar dengan SSM atau sebaliknya. Rasanya itu sebabnya kerajaan wajibkan peniaga online daftar dengan SSM kan ? Hmm

BATU GAJAH 15 Mei – Seorang peniaga online dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah mereka cerita kononnya diculik ketika menghantar barangan kepada pelanggan di Taiping pada 3 Mei.

Kes penculikan wanita itu yang merupakan isteri seorang anggota polis berpangkat koperal di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak sebelum ini tular di Facebook selepas dimuat naik oleh pengguna laman sosial.

Majistret Mohd. Fitri Sadaruddin memerintahkan hukuman penjara terhadap wanita itu, Nurfauzilah Ariffin, 39, berkuatkuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 9 Mei lalu.

Mengikut tuduhan, ibu enam anak itu didakwa memberi maklumat palsu melalui Whatsapp dengan menghantar pesanan suara meminta tolong dan menghantar pesanan messenger melalui Facebook miliknya dengan memberitahu sedang berada dalam tahanan seseorang dalam tulisan bahasa Indonesia.

Perbuatan Nurfauzilah didakwa telah menyebabkan satu laporan polis dibuat suaminya di IPD Perak Tengah sehari kemudiannya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh pada kira-kira pukul 7.30.malam, 3 Mei lalu di Kuaters IPD Perak Tengah di Seri Iskandar dekat sini.

Pertuduhan terhadap Nurfauzilah dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar mengikut Sekyen 182 kanun yang sama kerana membuat keterangan palsu.

Sesyen itu memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Sources : Utusan Online

 

Apa Komen Anda?

Lagi Kes Peniaga Online Menipu

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in