15 Latihan Kurangkan Double Chin yang Sesuai Diamalkan Waktu Berpuasa


kurangkan double chin

Inginkan kurangkan double chin untuk menyambut hari Raya tahun ini? Tak perlu beli produk mahal-mahal, yang penting anda ada disiplin dan semangat yang tinggi.

Bak kata ‘om putih’, No Pain No Gain. Jadi, begitu juga untuk kurangkan double chin anda!

Ini dia 15 latihan Mudah yang  boleh diamalkan dengan menggunakan ‘muscle’ bahagian rahang anda supaya boleh mengurangkan lemak di bahagian tersebut. Mari kita lihat!

1. Jaw Extension

Cara: Buka mulut anda luas-luas dan gerakkan bahagian bawah rahang anda atas dan bawah. Ulang proses ini selama 15 kali dan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

2. Fake Chewing Gum

Cara: Tutup mulut anda dan lakukan pergerakan dalam mulut seolah-olah anda sedang mengunyah chewing gum.

3. Lower Lip Stretch

Cara: Tegakkan kepala anda dalam posisi yang selesa. Naikkan bahagian bawah bibir ke atas, semaksima yang boleh selama 20 saat. Ulang latihan ini sekurang-kurang 3 kali sehari.

4. Kiss The Ceiling

Cara: Halakan kepala anda ke siling atas. Buka mulut anda seluas-luasnya dalam kiraan 10, kemudian buat pergerakan mulut seolah-olah bercium dalam kiraan 10. Latihan ini dapat membantu anda untuk ketatkan muscle rahang anda.

5. Side Neck Stretch

Cara: Duduk di atas kerusi dalam posisi yang tegak. Dengan perlahan pusingkan kepala anda ke kanan sejauh yang boleh selama 10 ke 15 saat. Ulang pergerakan ini ke belah kiri pula.

6. Head Lift

Cara: Latihan kurangkan double chin ini memerlukan bantal. Baring di atas bantal tersebut, naikkan kepala anda ke belakang sejauh yang anda mampu. Ini boleh bantu untuk membentuk bahagian dagu dengan lebih ‘firm’.

7. Slap Your Chin

Cara: Dengan gunakan bahagian belakang tapak tangan anda, mula tepuk bahagian double chin anda dengan perlahan. Kemudian, tambahkan kelajuan dalam tepukan itu. Ulang latihan ini sekurang-kurang 3 kali sehari.

8. Tongue Press

Cara: Duduk dengan posisi tegak, pusingkan kepala anda menghadap ke siling dinding. Letakkan lidah anda ke atas lelangit mulut. Kemudian turunkan dagu anda, dengan perlahan lepaskan lidah anda. Ulang latihan untuk beberapa kali supaya mendapat hasil yang bagus.

9. Circle of Life

Cara: Sama seperti Tongue Press, kali ini selepas anda menghadap kepala anda ke siling dinding, anda tutup mulut anda. Kemudian lakukan bentuk ‘O’ pada mulut anda selama 20 saat. Anda boleh lakukan aktiviti ini sebanyak mungkin sehari.

10. Pigeon Face

Cara: Duduk dalam keadaan yang selesa. Pegang bahagian rahang anda dengan ibu jari dan jari penunjuk. Kemudian tolak bahagian rahang anda ke depan. Ulang latihan ini 3 kali untuk best result.

11. Neck Roll

Cara: Ini adalah antara latihan yang paling mudah dalam kurangkan double chin. Duduk dalam posisi tegak, tarik nafas dalam, naikkan kepala anda sentuh rahang anda. Kemudian urut bahagian rahang sehingga ke bahu anda sambil melepaskan pernafasan anda.

12. Sticking Out Your Tongue (Jelir Lidah)

Cara: Walaupun latihan agak lucu tapi ianya sangat effective! Berdiri dengan tegak. Jelirkan lidah selama 10 saat. Rehat sebentar kemudian ulang semula. Lakukan selama 10 kali sehari.

13. Tennis Ball Exercise

Cara: Anda memerlukan bola tennis untuk latihan ini. Letakkan bola tennis di antara dagu dan leher anda. Kemudian, urutkan bahagian double chin anda dengan bola tennis itu. Lakukan latihan ini selama beberapa minit sehingga anda rasa selesa.

14. Lip to Nose

Cara: Anda boleh cuba lakukan latihan ini dalam posisi duduk atau berdiri. Cuba sentuhkan bahagian bibir bawah anda dengan hidung anda. Lakukan sebanyak 20 kali sehari.

15. The Neck Twist

Cara: Duduk di atas kerusi dalam posisi tegak, lagi bagus berhadapan dengan cermin kemudian halakan wajah anda ke siling. Sekarang pusingkan leher anda ke arah bahu kanan. Tahan dalam 10 saat. Kemudian putarkan ke belah kiri. Tahan selama 10 saat juga. Alihkan wajah anda ketengah, turunkan dagu anda sehingga ia menyentuh dada anda. Lakukan latihan ini dengan perlahan.

Lakukan latihan ini tidaklah semudah mengunyah bubble gum. Tapi anda perlu melakukan banyak stretching terutamanya bahagian dagu, leher dan mulut anda.

InsyaAllah kalau anda rajin boleh lakukan latihan ini sewaktu berpuasa ataupun selepas berbuka puasa.

#selamatmencuba #selamatberpuasa

Apa Komen Anda?

15 Latihan Kurangkan Double Chin yang Sesuai Diamalkan Waktu Berpuasa

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in