“Surprise” Dari Lazada untuk Ulang Tahun ke-5!


Yess! Terkejut admin tiba-tiba dapat email daripada Lazada beritahu admin adalah salah seorang yang terpilih untuk Lazada’s 5th Birthday Surprise Box.

Mula-mula macam tak percaya pun ada, ingatkan kena scam tapi kemudian admin dapat panggilan dari staf Lazada yang mengesahkan dan memberitahu akan menghantar Surprise Box kepada admin. Staf Lazada tu dia nak confirmation samada alamat admin betul atau tidak.

Lazada Suprise Box campaign

Admin pun apa lagi, teruslah open website Lazada. Sekali memang betul ada! Perghh time tu rasa dia gembira pun ada, nervous pun ada. Sebenarnya admin memang selalu cari barang gajet dalam Lazada. Lagi-lagi barang untuk kerja admin. Dalam masa sejam macam tu, admin dengar ada orang ketuk pintu bagi salam.

Lazada Suprise Box

Buka-buka pintu ini yang admin nampak, ada dalam 1 kotak besar Surprise Box Lazada depan rumah admin bersama staf Lazada. Selepas sign penghantaran, admin pun bawa barang masuk dalam dan mulakan unboxing satu per satu!

unboxing Lazada Suprise Box
Admin sudah ready untuk unboxing Lazada Surprise Box!
Selepas Sesi Unboxing Surprise Box Lazada. Memang banyak betul barang dapat!

Buka-buka saja admin nampak kotak headset jenama Sennheiser! Melompat admin 😀 😀 😀

Dah lama cari headset ni, Sennheiser Urbanite. Nak beli baru sayang pulak duit sebab headset yang ada sekarang ni masih boleh pakai.

sennheiser lazada surprise box

Lepas itu admin tengok lagi dalam Surprise Box ada Rice Cooker Philips. Mak Aii nak pengsan dah admin time ni, macam tak percaya je Lazada bagi ni semua percuma. Alhamdulillah murah rezeki tengah-tengah bulan Mac ni.

rice cooker philips lazada surprise box

Pastu, admin juga dapat Lampu Meja Philips juga. Syukur lepas ni boleh admin buat kerja tengah malam. Terang dia memang satu biliklah, kalau letak sebelah laptop ni, silau 😯 😯

philips desk table, surprise box

Banyak lagi yang ada dalam Surprise Box ni seperti T-Shirt Lazada 5th Birthday Surprise Box, dan Botol minuman Portable Lazada. Corak t-shirt dia memang cantik dan menarik. Bentuk minuman dia pula simple dan senang nak bawa ke mana-mana sebab saiz A6 Letter. Memang sesuai untuk sesiapa yang suka bawa botol sambil jalan sebab mudah nak simpan di handbag bagi perempuan.

t shirt surprise box lazada

A6 Letter Bottle Lazada

Last sekali check dalam kotak, admin dapat satu lagi Surprise Box. So apa lagi, admin pun unboxing lah lagi sekali.

Lazada Surprise Box Food

Pergghhhh, ini yang admin idamkan! Dalam dia rupa-rupanya ada juga bagi makanan! Ingatkan barang keperluan rumah je. Admin dapat 1 Maggi Hot Mealz perisa Kari Kari Kaw (favorite), 1 Maggi Hot Mealz perisa Kari Laksa Ayam, 1 Nestum 3in1 Banana Caramel, 1 Nestle Omega Plus 3in1 Milk Oat dan 1 kotak bijirin Cheerios Oat Crisp. Sedapnyaaaa….. Apa lagi terus buat 1 cawan nestum 3in1 sambil try semua barang-barang yang admin dapat.

Nantikan artikel seterusnya admin review satu-satu barang yang admin dapat sebelum 24 Mac 2017 ini. Terima kasih Lazada! You made my day 😉 #LazadaSupri5e #LazadaSupri5eBox

Apa Komen Anda?

“Surprise” Dari Lazada untuk Ulang Tahun ke-5!

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in