The LEGO Batman Movie (2017) Review


Lego Batman Movie, Justice League

Tajuk: The LEGO Batman Movie (2017)
Genre: Animasi, Aksi, Adventure
Pengarah: Chris McKay
Pelakon (Suara Latar): Will Arnett, Michael Cera, Rosario Dawson


Warner Brothers Sekali lagi menggeletek kita sampai tak kering gusi dibuatnya untuk filem di bawah Warner Animation kali ini iaitu The LEGO Batman Movie.

 

Walaupun filem ini mengusik kita dengan rujukan filem-filem keluarkan WB (Warner Bros) sebelum ini,  hakikatnya saya boleh katakan Filem Lego kali ini jauh lebih baik daripada filem BVS ( Batman Vs Superman).

 

Pembukaan cerita yang dinamik filem ini sedaya upaya cuba mengekalkan tahap keterujaan agar ianya sentiasa segar dan tidak membosankan,  aliran kisah yang sejajar dengan penceritaan plot.

 

Kisah yang agak mudah untuk di fahami sebenarnya tetapi ianya bukan sekadar susunan plot sahaja. The Lego Batman movie beri kita lebih dari apa yang kita sangka.

 

Filem ini mempunyai pek emosi yang agak padu,  walaupun tak sepadu Anime Jepun (Kimi no nawa)  ia tetap mampu melembapkan bebola mata.  Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan animasi lego kali ini dan berharap agar Warner Brothers hasilkan lagi animasi yang hebat begini.

Trailer Filem

Apa Komen Anda?

The LEGO Batman Movie (2017) Review

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in