Hacking the Wild, Lelaki Ini Hidup Dalam Hutan Dengan Gajet Sahaja


hacking the wild, discovery, andrew quitmeyer
thumbnail-caption

Kita semua menggunakan gajet dan teknologi setiap hari. Tak kisahlah samada reply mesej ke, emel ke ataupun gunakan aplikasi peta untuk mencari destinasi.

Tapi cuba bayangkan kalau kita hanya ada gajet sahaja yang tinggal dengan kita untuk hidup.

Lihat Juga: Jurutera Facebook bangunkan teknologi taip status guna otak.

Inilah yang dilakukan oleh Andrew Quitmeyer dalam siri Hacking the Wild. Dalam rancangan ini, Quitmeyer iaitu seorang pembantu professor di National University Singapura, cuba tinggal dan hidup dalam hutan dengan hanya membawa gajet sahaja.

Quitmeyer mengelar dirinya sebagai seorang “digital survivalist” hanya membekalkan beberapa buah komputer riba dan kamera digital untuk hidup di hutan.

Dalam beberapa episod terawal dalam rancangan Hacking the Wild, Quitmeyer telah berjaya menghasilkan perangkap nyamuk dengan menggunakan koil besi dan kamera digital beliau.

andy quitmeyer, hacking the wild

Beliau juga berjaya menghasilkan hydroelectrik generator dengan memasangnya di sungai berhampiran untuk menghidupkan lampu. Bukan itu sahaja, dia juga berjaya menghasilkan kompas dengan isi komputer ribanya.

andrew quitmeyer, hacking the wild

Dalam pengembaraan Quitmeyer dari sesebuah pulau ke hutan salji Alaska, beliau tidak diberi sebarang bantuan dari segi makanan serta minuman. Dia perlu mencari makanannya sendiri untuk teruskan pengembaraan beliau.

Menurut Quitmeyer, pengalaman pertama beliau dalam melakukan pengembaraan ialah field trip bersama biologist-biologist yang lain untuk membaiki equipment.

andrew quitmeyer, hacking the wild
Sumber Discovery Channel

Sebelum ini, Quitmeyer juga mempunyai Youtube channel beliau sendiri, di mana beliau akan merakam cara beliau membaiki gajet dan mencipta sesuatu dari gajet tersebut supaya boleh digunakan sewaktu berada dalam hutan. Channel beliaulah antara sebab beliau dikenali ramai lalu mendapat jemputan untuk mengadakan rancangan sendiri.

“Salah satu cabaran yang saya selalu hadapi ialah membuat keputusan untuk memilih gajet mana yang bagus untuk dibawa bersama dengan saya … itu biasanya mengambil masa yang sangat panjang untuk berfikir,” kata Quitmeyer.

“Saya pernah memikul 90 pound barangan elektronik … sebab kadang-kala pengembaraan akan menjadi lebih bahaya daripada yang biasa.”

Pengalaman Quitmeyer sebelum ini merupakan kunci kejayaan beliau dalam mengendalikan rancangan beliau sendiri.

“Berdasarkan pengalaman saya dalam meneroka hutan di Panama atau Madagascar mahupun di Filipina, mereka banyak mengajar saya dalam memikir elektronik mana yang sesuai untuk digunakan dalam hutan,” tambah Quitmeyer.

“Seperti di Panama, pernah didatangi sekumpulan semut yang memasuki dan menggigit barangan elektronik saya. Ia betul-betul mengajar saya untuk sentiasa bersiap sedia dengan segala benda yang bakal berlaku.”

andy quitmeyer, hacking the wild

Quitmeyer mengatakan, motif utama rancangan beliau bukan semata-mata untuk menarik perhatian penonton, namun ianya sebenarnya memberi penonton lebih pengetahuan tentang alam sekitar dan motivasi untuk hidup dalam hutan sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

“Idea rancangan ini sebenarnya kami ingin menunjukkan beberapa tips ringkas di mana anda sebenarnya boleh digunakan untuk hidup dalam hutan … anda boleh berinovasi dengan elektronik dan hasilkan benda yang bagus daripada ia,” kata Quitmeyer.

“Itu sebenarnya sumber inspirasi dan cita-cita saya … membolehkan ramai lagi manusia mencintai alam sekitar.”

Sumber: Discovery

Apa Komen Anda?

Hacking the Wild, Lelaki Ini Hidup Dalam Hutan Dengan Gajet Sahaja

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in