Bintang Bola Sepak Terkenal, Lionel Messi SAH Dipenjarakan 21 Bulan


lionel messi sah dipenjarakan

Pemain Bola Terkenal club Barcelona, Lionel Messi sah dipenjarakan 21 bulan akibat penipuan cukai pendapatan beliau.

Menurut sumber, Mahkamah Agung Sepanyol mengesahkan hukuman penjara 21 bulan dan denda $2.25j (RM9.62j) dikenakan kepada Lionel Messi kerana penipuan cukai selepas penyerang sensasi Barcelona itu membuat rayuan di mahkamah itu, lapor AFP.

Gara-gara mengelak membayar cukai ke atas 4.1 juta euro pendapatan Messi yang diperoleh dari hak imej dari tahun 2007 hingga 2009, pemain itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi pada Julai 2016 didapati bersalah.

Dengan menggunakan syarikat di Belize, Britain, Switzerland dan Uruguay untuk menipu kerajaan Sepanyol.

Pendapatan yang berkaitan imej Messi itu disembunyikan termasuk tawaran sokongan dengan Danone, Adida, Pepsi-Cola, Procter & gamble dan Kuwait Food Company.

lionel messi dipenjarakan

Lionel MessiĀ atau lebih dikenali sebagai Messi yang kini berusia 29, dan bapanya dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan.

Hukuman penjara mungkin akan ditangguhkan sebagaimana biasa di Sepanyol untuk kesalahan pertama bagi kesalahan bukan jenayah keganasan yang membawa hukuman tidak lebih daripada dua tahun.

Mereka merayu kepada Mahkamah Agung yang mengesahkan hukuman kepada pemain terbaik lima kali itu pada Rabu.

lionel messi dipenjarakan

Walau bagaimanapun, mahkamah mengurangkan tempoh penjara 15 bulan terhadap bapanya, dengan mengambil kira bintang bola sepak itu telah membayar balik cukai kepada pihak berkuasa.

Messi dan bapanya membuat pembayaran secara sukarela sebanyak 5.0 juta euro sama dengan jumlah cukai yang dikatakan tidak dibayar ditambah dengan faedah pada bulan Ogos 2013 selepas secara rasmi disiasat.

**Mungkin kita tidak dapat lagi menyaksikan permainan dari Messi kalau beliau dipenjarakan hampir 2 tahun. Harap pemain bola di Malaysia juga ambil kes ini sebagai iktibar.

Sumber: AFP

Apa Komen Anda?

Bintang Bola Sepak Terkenal, Lionel Messi SAH Dipenjarakan 21 Bulan

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in