Mini Cooper S Milik Pelancong Tersangkut di Tepi Pantai Tengah Langkawi


mini cooper s, sangkut tepi pantai, langkawi

Pelik tapi benar! Sebuah kereta jenis Mini Cooper S telah tersadai di persisiran Pantai Tengah Langkawi dan difahamkan kenderaan itu telah tersangkut di pasir pantai.

Kejadian ini memang benar-benar berlaku dan kini ia sedang menjadi tular di media sosial.

Ianya terjadi apabila pemiliknya yang merupakan seorang pelancong telah melalui jalan yang salah sehinggakan keretanya tersangkut.

Menurut sumber daripada akaun Facebook, Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat Di Langkawi yang berkongsi berita ini mengatakan kejadian yang berlaku ini tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

mini cooper tersangkut pantai

“Pemandu kereta Mini Cooper S dari luar ini pergi ke pantai melalui jalan tepi Royal Suite Frangipani.

“Apabila mahu membuat pusingan U, kereta ini tersangkut di pasir pantai. Setelah air pasang, kereta itu sedikit demi sedikit dimasuki air tetapi mereka semua selamat,” tulis laman sosial itu.

 

Betul lah pepatah ada mengatakan yang malang memang tidak berbau, semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua untuk lebih berhati dan lebih peka dengan kawasan yang tidak selamat untuk kereta anda lalu.

Apa pun status daripada perkongsian ini juga telah mengucapkan terima kasih kepada beach boy yang sudi membantu pemandu tersebut.

“Terima kasih diucapkan kepada #BeachBoy yang sudi membantu.”

mini cooper, sangkut tepi pantai, langkawi
Sumber: Facebook Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat

Apa Komen Anda?

Mini Cooper S Milik Pelancong Tersangkut di Tepi Pantai Tengah Langkawi

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in