Review Monster Trucks (2016): Filem Simple Tetapi Menyeronokkan!


monster trucks, trailer, movie

Filem “Monster Trucks” arahan Chris Wedge yang popular dengan filem arahan animasinya Ice Age dan Robot sesuai ditonton seisi keluarga. Ia merupakan sebuah filem dari Nikelodeon jadi ia sememang dicipta untuk golongan yang lebih muda.


Tajuk: Monster Trucks (2017)
Arahan: Chris Wedge
Pelakon: Lucas Till, Jane Levy, Thomas Lennon
Produksi: Disruption Entertainment, Nickelodeon Movies, Paramount Animation
Durasi: 104 min
Bajet: $125,000,000 (anggaran)

Sinopsis

Seorang remeja yang bernama Tripp menjumpai seekor makhluk misteri yang menyorok di dalam traknya. Tripp mula berkawan dengan makhluk itu dan menamakan ia Creech. Namun ramai yang tertanya-tanya di mana munculnya makhluk ini? Adakah ia berbahaya? Kalau nak tahu kena pergi tontonlah filem “Monster Truck” di pawagam!

Review

Pada asalnya admin ingat ia lebih seperti Monster Jam tapi bukan. Ia ternyata lebih dahsyat daripada Monster Jam. Filem ini seronok walaupun kita boleh lihat bajet ia agak rendah dari segi cinematografi dan pelakon. Dari segi animasi, admin boleh berikan 6.5/10. Ianya bagus tetapi admin pernah lihat yang lebih bagus. Admin pasti persahabatan Tripp dan Creech dapat mengambil hati penonton. Creech juga comel rupanya walaupun pada awalnya nampak menakutkan sedikit, ala-ala Stitch mempunyai badan sotong kurita.

Admin berpedapatan filem Chris Wedge ini sama seperti filem animasinya. Ceritanya agak sederhana dan ada beberapa scene yang tidak masuk akal tetapi secara keseluruhannya menyeronokkan. Anda sudah menyaksikan filem Monster Trucks? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah!

Apa Komen Anda?

Review Monster Trucks (2016): Filem Simple Tetapi Menyeronokkan!

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in