Nokia 3310 Kembali Kini Dengan Versi Baru


new nokia 3310

HMD Global, pemilik jenama telefon Nokia melancarkan model telefon Nokia 3310 versi baru secara rasmi di pasaran Malaysia, hari ini.

Pengurus Negara HMD Global (Malaysia dan Myanmar), Vijay Thangavelu berkata, Nokia 3310 adalah telefon terlaris yang pernah dihasilkan Nokia di mana ia kini diberi nafas baru dengan reka bentuk lebih segar, ceria dan moden.

new nokia 3310

“Pada kali ini, ia menawarkan masa berbual sehingga 22 jam dan jangka hayat bateri selama sebulan dalam mod ‘standby’,” katanya pada majlis pelancaran Nokia 3310 dan tiga model lain di Subang Jaya.

Selain itu, Nokia 3310 mempunyai paparan 2.4 inci dan kamera 2 megapiksel.

Model itu akan ditawarkan pada harga RM239 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di mana ia boleh mula didapati di pasaran bermula Jun ini di semua cawangan runcit seluruh negara.

HMD Global, pemilik jenama telefon Nokia melancarkan model telefon Nokia 3310 versi baru secara rasmi di pasaran Malaysia, hari ini.

Dalam majlis sama, HMD Global melancarkan tiga model telefon pintar dikenali Nokia 3, 5, dan 6 dengan harga masing-masing RM599, RM799 dan RM999.

nokia 3, nokia 5, nokia 6

Nokia 3, 5, dan 6 akan mula dipasarkan secara berperingkat mulai pertengahan Jun ini.

 

Apa Komen Anda?

Nokia 3310 Kembali Kini Dengan Versi Baru

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in