Neymar Jalani Terapi Tradisional Bekam


neymar, terapi bekam

Disebabkan penggantungan perlawanan, pemain Bintang Brazil, Neymar terpaksa dicutikan ketika menentang Osasuna pada malam Rabu lepas tetapi beliau memanfaatkan tempoh tersebut dengan menjalani terapi bekam.

Neymar dikatakan mencuba rawatan tersebut apabila terlihat gambar juara tinju dunia, Anthony Joshua menggunakan kaedah berkenaan selepas aksi menentang pencabarnya, Wladimir Klitschko pada malam Sabtu lalu.

Pada masa yang sama, bintang Brazil tersebut juga dipercayai menjalani rawatan bekam untuk menangani masalah pernafasan sebagai persiapan kembali memperkuat pasukan hujung minggu ini.

Bekas pemain Santos itu berkongsi gambar dia menjalani rawatan tersebut di laman Instagram miliknya. Kira-kira 14 cawan bekam disusun bermula dari tengkuk sehinggalah bahagian bawah belakang Neymar.

Rawatan tradisional itu sering digunakan atlet elit untuk mempercepatkan proses pemulihan mereka. Kebiasaannya, terapi bekam merupakan teknik perubatan yang menggunakan kaedah sedutan pada permukaan kulit untuk mengeluarkan darah dari bawah kulit.

Terapi bekam bukan sahaja popular dalam kalangan pemain bola sepak malah turut diamalkan atlet renang Amerika Syarikat, Michael Phelps yang percaya kaedah itu dapat meningkatkan prestasinya.

Siapa kata terapi Bekam ni tidak bagus?

Petikan dari mStar

Apa Komen Anda?

Neymar Jalani Terapi Tradisional Bekam

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in