(Official Music Video) Dirgahayu oleh Dato’ Siti Nurhaliza & Faizal Tahir (OST Lara Aishah)


Dirgahayu, Dato Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, lirik

Kepada penonton Drama Popular ‘Lara Aishah’ pasti tidak asing lagi dengan lagu OST drama tersebut yang bertajuk, Dirgahayu oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Drama yang berkisahkan kehidupan Aishah (Fasya Sandha) yang terpaksa mengharungi ujian apabila mengetahui kekasihnya, Iskandar (Nazim Othman) berasal daripada keluarga orang berada yang pernah menghancurkan hidup Ibu kandungnya, Zurin (Jasmine Hamid). Pelbagai konflik yang berlaku dalam drama ini, antaranya penindasan orang kaya terhadap orang miskin, percintaan terhalang disebabkan darjat dan banyak lagi.

Mari kita lihat Official Music Video’ lagu tema drama ‘Lara Aishah’ yang baru sahaja release di laman Youtube. Sememangnya lagu ini diminati oleh ramai netizen di Malaysia kerana baru 3 jam release sudah mencecah 15k tontonan. Pasti anda akan terpegun dengan hasil musik video ini!

Kepada sesiapa yang tidak memahami maksud tajuk lagu ini, Dirgahayu sebenarnya membawa maksud (mudah-mudahan) dilanjutkan atau dipanjangkan usia.


Lirik Lagu ‘Dirgahayu’

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza
Ouhhh huwooo
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Andai takdir kita bertemu lagi
(Ku berdoa selalu)
Masihkah akan kau kenang kembali
(Takkan pernahku lepas)
Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Tidak pernahku bersoalkan takdirNya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya
Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Cinta dirgahayu
Dirgahayu
Cinta dirgahayu


Untuk pengetahuan anda, musik video ini diarahkan oleh Syahir Ismail dan dihasilkan oleh Lokalab. Lagu ini adalah hasil ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong dan Mike Chan dan hasil rakaman oleh Warner Music Malaysia, Faithful Music, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music.

Apa Komen Anda?

(Official Music Video) Dirgahayu oleh Dato’ Siti Nurhaliza & Faizal Tahir (OST Lara Aishah)

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in