Padah Merogol Sambil Mengacu Pistol dan Merompak Seorang Janda


diacu pistol
Padah merogol sambil mengacu pistol serta merompak seorang janda, seorang lelaki berstatus suami orang dihukum penjara 17 tahun dan 26 sebatan oleh mahkamah seksyen, di Kota Bharu, sebentar tadi.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Faizal Hussain yang berusia 22 tahun mengaku bersalah pada tiga tuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

dirogol sambil diacu pistol
Petikan gambar sumber dari Sinar Harian

Tertuduh didakwa meletakkan mangsa dalam ketakutan dan merogolnya di dalam sebuah kereta jenis proton Iswara dalam kejadian pertama kawasan tempat letak kereta bawah bangunan Bazar Tengku Anis, di sini, pada jam 7.40 malam, 12 Mei lalu.

Kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di tepi kedai makan di Badang, di sini, pada jam 8.30 malam, tarikh sama.

Tertuduh juga mengaku salah pada tuduhan merompak wang tunai sebanyak RM50 dan telefon pintar wanita berusia 33 tahun itu di tepi Jalan Kampung Banggol, Badang, di sini, pada 9.45 malam, tarikh sama.

Dalam kejadian lalu, mangsa keluar dari rumahnya di Tanah Mrah pada jam 1 petang bertujuan untuk bersiar-siar dengan tertuduh. Tertuduh datang bersama seorang sepupu dikenali sebagai Zaid dan mengambil mangsa.

Mereka kemudian menaiki kereta sehingga ke Besut, Terengganu sebelum menghantar Zaid pulang. Dalam perjalanan menghantar mangsa ke rumahnya, tertuduh membawa mangsa ke sebuah tempat letak kereta yang gelap.

Setelah lampu kereta ditutup dan pintu dikunci, tertuduh menggari tangan mangsa dan merogolnya. Mangsa melawan dengan menekan hon menggunakan kakinya, namun diugut untuk ditembak.

Mangsa sekali lagi dirogol di satu lokasi lain sebelum dirompak dan kemudian ditinggalkan di satu kawasan perkuburan di Badang.

Sumber: Sinar Harian

Baca: Pelajar PhD Berbangsa Cina Menampar Staf Airport Kerana Missed Flight

Moral of the story: Sebagai wanita kita jangan senang-senang keluar seorang-seorang dengan orang yang kita tidak kenali. Zaman sekarang ni macam-macam orang yang tak betul. 

Apa Komen Anda?

Padah Merogol Sambil Mengacu Pistol dan Merompak Seorang Janda

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in