Pelajar PhD Berbangsa Cina Menampar Staf Airport Kerana Missed Flight


penumpang cina tampar airport staff
Seorang penumpang wanita ditahan dan dilarang menaiki Air France selepas dia menampar seorang staf lapangan terbang di central China.

Wanita tersebut dikatakan hilang kawalan selepas ground staf tersebut memberitahu dia bahawa penerbangan dia dari Wuhan ke Paris telah tutup 14 minit yang lalu, dilaporkan oleh the Wuhan Evening News.

Staf tersebut meminta dia untuk tukarkan tiket yang baru tapi wanita tersebut berkeras atas alasan ada persidangan mustahak di sana.

Wanita tersebut kemudian bertindak luar kawalan, masuk ke kawasan staf dan menampar staff tersebut beberapa kali selepas gagal mendapatkan apa yang dia inginkan.

Pihak polis dipanggil untuk menahan wanita tersebut.

Wanita yang ditahan berusia 36 tahun dan merupakan seorang pelajar PhD dari sebuah Universiti berprestij di Wuhan. Sewaktu kejadian, dia bersama dengan suami dan anaknya.

Berita ini menjadi perbualan hangat di sosial media China dan ramai yang meminta wanita tersebut dikenakan hukuman atas perilaku dia sendiri.

“Syarikat penerbangan domestik juga patut blacklist wanita ini … dan semua penerbangan patut melarang penumpang yang berperangai macam ini,” kata seorang pengguna internet di China.

“Sangat kasar dan kurang ajar. Wanita ini major dalam kick-boxing untuk PhD ke?” kata seorang lagi.

Baca: Cubaan “Hijack” Kapal Terbang MH128 ??

Apa-apa pun nasihat admin kepada penumpang Malaysia, hormatilah mana-mana pekerja di luar sana kerana mereka ni hanya menjalankan tanggungjawab mereka. Dan sebagai seorang penumpang penerbangan, pastikan anda sampai awal di lapangan terbang sebelum pelepasan. Bukankah elok tu?

Apa Komen Anda?

Pelajar PhD Berbangsa Cina Menampar Staf Airport Kerana Missed Flight

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in