“BANG TURUN BAWAH AMBIL BARANG SEKARANG”- Lazada (?)


KURANG CEKAP. Itulah yang dapat KT ungkapkan tentang penghataran order dari Lazada melalui satu kurier servis ini. Mana tidaknya, sudah la suruh ambil barang sendiri dekat bawah, bila jumpa terus bagi barang tanpa pandang pelanggan (sambil bergayut dekat Handphone).

Pada bulan march 2017 juga pernah terjadi masalah dengan servis kurier ini, dimana pelanggan tiada di rumah. Diorang tolong sign kan form tu sendiri dan letak barang luar pintu rumah macam tu je. Harga barang dalam Rm100 lebih, mungkin bagi diorang murah, bagi rakyat marhaen murah ke? Fuhh Apa pendapat korang dengan tingkah laku begitu ?

 

LAZADA – MUDAH ATAU MENYUSAHKAN?

Masuk tahun 2017,  masih ada yang tak kenal atau tak tahu apa itu LAZADA? Berkongsi tujuan yang sama seperti nama nama besar, MUDAH.MY, LELONG, 11STREET, CAROUSELL DAN SHOPEE, LAZADA merupakan salah satu portal jual beli atas talian yang terbesar di Malaysia.

Anda nak beli telefon bimbit berjenama dengan harga diskaun? Cari dekat LAZADA!
Anda cari laptop second hand bawah rm500? Order dari LAZADA!
Pening nak pilih hadiah ulang tahun untuk pasangan anda? LAZADA ada semuanya!!!

Semuanya boleh dibuat dengan hujung jari anda sahaja.  Anda boleh layari laman web LAZADA di www.lazada.com.my jika menggunakan PC atau Laptop. Tak ada PC atau LAPTOP? Boleh muat turun aplikasi LAZADA di Google Playstore atau App Store. Lepas tu dah boleh beli laptop dekat LAZADA hihi.

Mudahkan?

Tapi baru baru ni (dah lama dah sebenarnya) ramai yang complaint dekat LAZADA lebih lebih lagi servis penghantaran LAZADA.
LAZADA menggunakan banyak servis kurier (Corporate Partner?) untuk menghantar order yang diterima, tapi ada antara kurier tu yang katanya bermasalah. Penghantaran Lazada bermasalah lagi? Betul ke? Ini antara luahan hati pembeli :

 

Dipahamkan supplier barang itu sendiri yang menggunakan kurier yang bermasalah ini tapi yang menghairankan, dah lama masalah kurier ni berlaku tetapi pihak LAZADA masih lagi tidak mengambil apa apa tindakan seperti mengetatkan kriteria kurier yang digunakan.

Mudah atau menyusahkan? Terpulang kepada anda untuk tentukan.

P/S ; Pandangan peribadi KT, KT masih suka menggunakan LAZADA sebab banyak pilihan item dan harga. Tapi itulah, KT sendiri pernah kena masalah kurier ni. hmmmm

Apa Komen Anda?

“BANG TURUN BAWAH AMBIL BARANG SEKARANG”- Lazada (?)

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in