Perkara-Perkara Makruh Ketika Berpuasa


perkara makruh ketika berpuasa
thumbnail-caption

Dalam artikel kali ini, admin akan kongsikan sedikit ilmu Ibadah daripada Ustaz Mohd Azrul Ismail supaya kita dapat menjauhi perkara-perkara makruh ketika berpuasa.

Dan InsyaAllah kita mendapat ganjaran puasa pahala di bulan Ramadhan kali ini.

Lihat Kalendar Islam Tahun ini –}  Kalendar Islam 2017 | 1438 – 1439 Hijrah

Memang tidak sabar rasanya nak berpuasa. MasyaAllah, indahnya nikmat berpuasa kan?!

Mari kita lihat apakah perkara-perkara makruh ketika berpuasa:

1. Berkucup atau Melakukan Pendahuluan Jimak

Walaupun di sana wujud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengucup dan bermesra dengan isterinya ketika Baginda s.a.w sedang berpuasa, namun kebanyakan ulama berpendapat bahawa ia makruh kerana ditakuti seseorang itu tidak dapat mengawal nafsunya sepertimana Rasulullah s.a.w.

Hal ini juga diperkuatkan dengan hadis yang juga datangnya daripada jalur Saiyidatina Aisyah bahawa Baginda s.a.w ialah seorang yang mampu menguasai perasaannya.

Oleh itu, kita ni sebagai manusia biasa, walaupun loving macam mana pun hubungan suami isteri anda, pastikan kawal perasaan tu, lagi-lagi waktu berpuasa.

2. Berkumur-kumur Secara Berlebihan

Makruh berkumur-kumur secara berlebihan ketika sedang berwuduk ataupun di luar wuduk. Hal ini kerana dikhuatiri akan terdedah kepada perbuatan terminum air yang akan membatalkan puasa.

Jadi, berkumurlah secara sederhana dan dengan kadar biasa sewaktu berwuduk. Sebaiknya elakkan diri daripada berkumur di luar waktu wuduk.

3. Bersugi Selepas Gelincir Matahari

Ulama mazhab Syafi’i berpandangan bahawa makruh bersugi selepas gelincirnya matahari. Hal ini kerana ianya akan menghilangkan bau mulut orang berpuasa yang lebih harum daripada kasturi di sisi Allah S.W.T sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Oleh itu, jalan terbaik untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi anda ialah bersugi sebelum gelincir matahari dan bersugi selepas berbuka puasa.

4. Menderma Darah Sewaktu Berpuasa

Antara perkara makruh ketika berpuasa ialah menderma darah sewaktu berpuasa. Hal ini kerana ada kemungkinan ianya akan memberi kemudaratan kepada diri sendiri dengan keluarnya darah daripada tubuh badan.

Orang yang berpuasa berada dalam keadaan yang lemah, maka jika dia mendermakan darahnya, dia mungkin akan bertambah lemah.

Kita dituntut untuk memperbanyakkan amal ibadah ketika berpuasa, kalau badan kita lemah, mungkin akan lemah semangat kita untuk beribadah.

5. Bercakap Perkara yang Buruk dan Sia-sia

Menurut hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meningglkan perkataan yang dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak berhajat kepadanya walaupun dia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa).”

Berkata-kata perkaranya yang buruk tidaklah sampai membatalkan puasa tetapi ianya makruh. Dan menurut para ulama bahawa maksud Allah tidak berhajat kepadanya ialah sebagai kinayah (kata-kata hiasan) bahawa gugurnya pahala dan ganjaran puasa.

**Perkara-perkara makruh ketika berpuasa sebaiknya dihindari sebagaimana Islam mengajar kita sekiranya perkara itu maksiat yang mesti dihindari, maka jalan ke arah maksiat itu juga mesti dijauhi.

Tidak berpuasa atau sengaja membatalkan puasa tanpa sebab yang dibenarkan syarak ialah terlarang. Maka segala perkara yang berpotensi membatalkan puasa juga wajar dijauhi.

Mohd Azrul Ismail
Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz isu No.4

Apa Komen Anda?

Perkara-Perkara Makruh Ketika Berpuasa

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in