Apa Kata Penonton Mengenai Filem Alien: Covenant (2017)


Pada 8 Mei 2017 baru-baru ini, crew kami dapat jemputan untuk menyaksikan filem Alien: Covenant yang akan menggegarkan pawagam hari ini!

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan angkasawan yang sedang menuju ke planet baru untuk manusia, dalam perjalanan tersebut mereka meneroka sesuatu yang luar pengetahuan mereka.

Filem ini adalah arahan Ridley Scott, pengarah asal untuk filem Alien (1979) dan Alien: Covenant kali ini ialah sambungan dari filem Prometheus (2012). Jadi kalau nak lebih faham baik tengok dulu filem Prometheus.

Dibintangi oleh Michael Fassbender, Katherine Waterston, Billy Crudup, Danny McBride dan ramai lagi yang berjaya membawa penghayatan yang sangat baik.

Trailer Rasmi

Alien: Convenant: Satu percubaan bangkit semula dari Ridley Scott

Selepas kegagalan Prometheus, Ridley Scott sekali lagi cuba untuk bawa francais Alien ke pokok pangkalnya cuba membawa kita ke era 1979. Dan ia seolah memberi nafas baru untuk francais Alien. Pembukaan cerita yang biblical di mana David ( Android ) mempersoalkan relevan ciptaan nya,

Kita di bawa ke masa kini sebuah kapal koloni Convenant, yang membawa koloni manusia ke planet yang belum diterokai dan mampu untuk tampung kehidupan dan juga untuk mulakan kehidupan yang baru, konflik bermula apabila mereka mengesan isyarat radio dari planet yang lagi dekat dari destinasi asal.

Selepas berbincang sesama ahli, setengah dari kru turun untuk melihat dan mengambil sampel planet tersebut sambil mencari punca isyarat radio yang mereka terima. Perkembangan cerita bermula apabila salah satu kru mereka jatuh sakit, dan dari situ mereka mula sedar yang mereka tidak berseorangan di Ethiopia yang penuh ilusi.

Cerita ini mempunyai kesan khas yang baik serta beberapa sentuhan klasik 1979, Tuan Scott cuba mengimbangi antara artistik moden dan klasik tanpa merosakkan keaslian francais tersebut.

Lipatan plot di buka satu demi satu, sejajar dengan perkembangan watak dan tema angkasa-seram, filem ini juga turut mempersoalkan tentang zat pencipta serta kesempurnaan sesebuah ciptaan tersebut. Struktur cerita juga di garap dengan kemas tuan Scott berjaya cipta babak thrill tanpa yang kita selama ni cari.

Terus terang saya katakan karya ini adalah salah satu Come back yang cemerlang dari tuan Scott dan saya berharap agar legasi Alien di teruskan lagi.

Mari kita lihat Apa Kata Penonton

alien covenant review

alien covenant review critics

Keseluruhan

Selepas menonton filem Alien: Covenant kali ini, banyak persoalan yang dapat dijawab terutamanya mana asal usul Alien “Xenomorph” dan macam mana mereka boleh wujud. Dari segi jalan cerita, ianya menarik dan admin rasa ramai yang akan dapat menghayati cerita ini sampai habis.

Dinasihatkan ibu mengandung janganlah tengok filem ni sebab banyak scene yang boleh termuntah kalau tengok depan-depan. Walaupun takdelah expose macam 100% tapi effect dia memang nampak real!

Tapi rasanya kalau yang dah pernah ada pengalaman tengok filem Alien sebelum ni rasanya takde hal kot. Setakat kepala tercabut, perut terburai, tu semua perkara biasa dalam filem Alien ni.

Apa Komen Anda?

Apa Kata Penonton Mengenai Filem Alien: Covenant (2017)

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in