Review Filem Assassin’s Creed (2016), Boleh Buat Cerita Lagi Baik


Assassin's Creed, Wallpaper, Michael Fassbender, film, review, ps4

Tajuk :  Assassin’s Creed (2016)

Genre :  Aksi / Adventure / Fantasi / Sci-Fi

Pelakon : Michael Fassbender, Marion Cotillard, Jeremy Irons

Pengarah : Justin Kurzel

Produksi : Regency Enterprises, Ubisoft, New Regency Pictures

Bajet: $125,000,000 (anggaran)

Box Ofis: $7,492,398 (USA) (22 Disember 2016)

Durasi: 115 minit

Tarikh Tayangan : 21 Disember 2016


Sinopsis

Dengan revolusi teknologi yang mampu menyelam ke memori dalam genetik, Callum Lynch (Michael Fassbender) dapat mengalami pengembaraan keturunannya, Aguilar di Sepanyol pada abad ke 15. Callum mengetahui bahawa keturunannya berasal daripada kumpulan misteri, the Assassin dan mempunyai kepakaran dan kebolehan untuk menumpaskan organisasi Templar yang sangat berkuasa pada masa kini.

 

Review

Pasti anda perasan reviu filem ini sangat teruk. Adakah ia membosankan? Ye, hampa Abg Jo dibuatnya. Mungkin bukan Abg Jo seorang sahaja yang bosan, ramai lagi peminat tegar ‘game Playstation’ Assassin’s Creed juga hampa dengan filem Assassin Creed kali ini.

Bagi Abg Jo dua jam adalah satu waktu yang sangat panjang, lagi panjang rasanya apabila menonton cerita yang membosankan.

Pada permulaan anda akan ditipu dengan lembaran sejarah yang acah-acah rembat petikan dari ahli Assassin yang terdahulu. Lepas tu anda akan dibawa dengan watak masa kini yang bermasalah agresif dan minta untuk dirawat.

Pertengahan, cakap, cakap, cakap. Borak, borak, borak. Ada rebel ada aksi? Ye memang ada. Tapi seronok tak? Seronok tu umpama Abg Jo makan snek coklat M&M yang bersaiz mini. Tak sampai 15 minit jari dah cuba nak seluk ke dasar pek. Begitulah hampanya rasa bagi Abg Jo.

Lepas tu plot, plot dan plot. Ada aksi tapi macam biasa. Dan bersambung lagi plot, plot, plot. Dalam pada masa itu muncul pula dendam kesumat bapa dan anak yang tak kesampaian.

Bukan nak kecam, tapi penulis sepatutnya boleh buat lagi baik. Boleh cari Screenwriter yang tak malas. Pengakhiran? Macam biasalah, tapi korang semua tahu kan bagaimana Fox suka matikan fangasm dengan anti climax yang tak boleh terima dek akal.

 

Trailer


P.S. Abg Jo harap filem Passengers lakonan pelakon-pelakon kegemaran Abg Jo masa kini tidak menghampakan Abg Jo. Abg Jo tengok rating ia agak tinggi di luar negara.


Apa Komen Anda?

Review Filem Assassin’s Creed (2016), Boleh Buat Cerita Lagi Baik

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in