Editor's Rating

Detik - detik manis dan kasih sayang seorang pakcik kepada nak saudaranya berjaya menghidupkan filem ini .

8.5
RATING

Filem yang tergolong di antara filem bertemakan kekeluargaan dengan elemen ikatan emosi yang sangat utuh. 

Tajuk: Gifted (2017)
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 41 minit
Arahan: Marc Webb
Pelakon: Chris Evans, Jenny Slate, Mckenna Grace

SINOPSIS

Frank Adler (Chris Evans) adalah seorang lelaki bujang yang telah bertanggungjawab menjaga dan membesarkan anak saudaranyaa bernama Mary (Mckenna Grace) yang mempunyai kelebihan luar biasa dalam ilmu matematik. Rancangan awal Frank untuk memberikan sebuah kehidupan yang normal kepada Mary mengalami rintangan apabila nenek Mary, Frank Evelyn (Lindsay Duncan) sedar dengan kebijaksanaan luar biasa Mary dimana walaupun Mary baru berusia 7 tahun, namun Mary mampu meneyelesaikan soalan matematik yang amat rumit.

REVIEW

Tidak perlu diperkatakan lagi, kebanyakan dari kita kenal Marc Webb dari 500 Days of Summer, salah satu buah tangan yang sangat meruntun sanubari tentang hubungan antara lelaki dan perempuan. Karya kali ini Marc memberi tumpuan kepada ikatan antara pakcik dan anak saudara, diselitkan pula dengan konflik kekeluargaan yang telah lama malap , tetapi di marakkan semula.

Gifted memberikan kita sebuah pandangan tentang apa yang sebenarnya terbaik dalam membuat pilihan dalam kitaran keluarga di mana ada anasir dari dalam yang akan mempengaruhi untuk membuat sesuatu keputusan. Boleh saya katakan penulisan dalam Gifted ini memberi satu tamparan yang kita boleh kaitkan di dalam kehidupan seharian kita.

Bercakap tentang pembangunan watak dalam filem Gifted memberi satu suasana yang semula jadi dan tanpa rasa kekok terutama sekali pada Mary. Lakonan yang amat hebat dan menakjubkan, Mary betul-betul berjaya sesuaikan diri dalam apa jua babak. Begitu juga dengan Frank, ayah saudara yang berdedikasi untuk menjaga Mary atas amanat Ibu Mary sendiri. Terus-terang saya kata bukan mudah nak lihat pelakon yang serba boleh, tetapi Chris Evans berjaya membuktikan yang dia bukan sekadar wira berpakaian uniform bintang berserta perisai bulat.

Jalan cerita yang santai, setiap babak di buka tanpa buat penonton garu kepala, setiap babak untuk ke klimaks mempunyai elemen emosi yang unik dan mampu buat penonton rasa seolah di dalam filem tersebut, tak lupa juga Fred kucing bermata satu juga mempunyai daya tarikan yang amat istimewa.

SECARA KESELURUHAN

Secara keseluruhan Gifted memberi satu maksud secara tersirat tentang betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dan membuka mata penonton adakah sesebuah keputusan itu, terbaik untuk anak / anak saudara kita? Atau kita sedang lakukan kesilapan yang tanpa kita sedar?

TRAILER GIFTED

Apa Komen Anda?