Review Filem “LEBUHRAYA KE NERAKA” Kelainan Dari Mamat Khalid


TAJUK: LEBUHRAYA KE NERAKA (2017)
ARAHAN: MAMAT KHALID
GENRE: SERAM, KEROHANIAN
PELAKON: AWIE, KHIR RAHMAN, SHAHRIZAL JASZLE, MIERA LEYANA, DAZRIN KAMARUDIN, FATIN SYAHIRA, PEKIN IBRAHIM
TERBITAN: GRAND BRILLIANCE

SINOPSIS

Lebuhraya ke Neraka memaparkan kisah sekumpulan geng motor berkuasa tinggi yang diserang penyakit misteri secara tiba-tiba semasa berhenti di suatu kawasan untuk berehat. Bob (Awie) yang mengetuai konvoi itu tidak mengalami sebarang penyakit misteri seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika Bob sedang mencari bantuan, dia telah terserempak dengan seorang lelaki misteri bernama Tyson (Khir Rahman) yang bersetuju untuk menolongnya. Akan tetapi Bob harus membuat keputusan sama ada dia mahu menyelamatkan rakan-rakannya atau mempertaruhkan nyawa mereka sebagai balasan di atas pertolongan Tyson. Mampukah Bob menyelamatkan nyawa rakan-rakannya yang diancam Tyson?

Official-Poster-Lebuhraya-Ke-Neraka

REVIEW

Kami difahamkan filem edaran Primeworks Distribution ini memakan masa selama lebih enam tahun untuk disiapkan, selepas penggambarannya sekitar tahun 2011. Apa yang kami dapat lihat, filem arahan Mamat Khalid yang disimpan lama kali ini sememangnya mempunyai CGI yang sangat memuaskan.

Ini bukan filem seperti Hantu Kak Limah Balik Kampung, Zombie Kampung Pisang dan sebagainya. Ada juga sedikit unsur jenaka dalam dialog tetapi secara keseluruhannya filem ini lebih kepada seram dan membawa kita untuk keinsafan. Pengarah Mamat Khalid juga ada mengatakan di sidang media bahawa filem ini merupakan inisiatif beliau untuk menghasilkan filem yang lain daripada yang lain.

Kesemua pelakon-pelakonnya mantap dan yang paling mengasyikkan ialah watak Tyson lakonan Khir Rahman. Khir Rahman berjaya membawa watak berat ni dengan baik. Pelakon-pelakon lain juga nampak lebih muda dalam filem ni, maklumlah filem 6 tahun lepas.

Secara keseluruhan, admin rasa karya filem Mamat Khalid kali ini memang banyak kelainan. Admin juga rasa filem ini bagus ditonton oleh anak-anak muda zaman sekarang ni. Cuma admin ada kurang sedikit dengan background musik filem ini. Sebelum admin tamatkan entry kali ni, mari kita lihat apa kata Pengarah dan Pelakon-pelakon sendiri bagi filem Lebuhraya ke Neraka dalam sesi rakaman sidang media yang diadakan oleh Primeworks Distribution di GSC Pavillion.


Apa Komen Anda?

Review Filem “LEBUHRAYA KE NERAKA” Kelainan Dari Mamat Khalid

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in