Review Filem Logan (2017): Legasi Wolverine


Si tua yang menghadap hari senja diiringi dengan kenangan lalu bersama.


TAJUK: LOGAN (2017)
GENRE: AKSI, DRAMA, SCI-FI
ARAHAN: JAMES MANGOLD
BINTANG: HUGH JACKMAN, PATRICK STEWARD, DAFNE KEEN
DURASI: 2 JAM 17 MINIT


Jikalau kalian pernah menonton Mad Max atau Terminator 2 jadi kalian mampu untuk mengikut rentak Logan kali ini.

SINOPSIS RINGKAS

Kita di bawa ke era pasca apokalips di mana mutan dalam garis masa ini hampir pupus hanya segelintir sahaja yang masih hidup dan terus bertahan Sejujurnya logan dalam cerita ini sangat meruntun jiwa, dek kerana harapan yang musnah beliau menjadi pemandu limo untuk teruskan saki baki kehidupan.


REVIEW FILEM

logan, caliban, 2017

Pembukaan yang dinamik memberi tamparan buat audiens untuk menyedarkan kita sejauh mana kita telah mengekori pengembaraan James Howlett AKA Logan. Persoalan demi personal timbul, adakah kita inginkan legasi ini berakhir? Boleh ke kita anggap ianya sebuah ‘Honorary Death’ buat sang haiwan yang telah lama dipertontonkan oleh kita?

Kisah ini diteruskan lagi dengan keadaan pengetua Xavier yang kian uzur dan perlukan bantuan ubatan untuk kekalkan kewarasan, bagi saya keadaan Charles agak ironik. Dek kerana satu ketika dulu beliau salah seorang mutan yang mempunyai kebolehan dan potensi yang luar biasa. Keadaan Caliban juga turut menyayat hati kerana di zaman kegemilangan dia sebagai ahli perniagaan yang menggunakan keupayaannya untuk mengaut keuntungan. Dan sekarang dia bersama logan menjaga si tua Xavier yang kian di mamah usia.

Urutan plot yang komprehensif dengan naik turun yang seimbang, pengenalan Laura diikuti dengan aksinya sedikit sebanyak mengingatkan kita pada Wolverine di zaman kegemilangan beliau, secara keseluruhan ianya sebuah pengakhiran yang baik untuk legasi logan, dan sebuah permulaan yang baru buat mutan generasi akan datang.


‘TRAILER’ FILEM


Apa Komen Anda?

Review Filem Logan (2017): Legasi Wolverine

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in