Review Filem Passengers (2016): Merentasi Bintang Dengan Kesan Visual Yang Terbaik


passengers 2016, passengers review, sinopsis

Karya sains fiksyen memang sudah tidak asing lagi dalam dunia perfileman. Sains fiksyen sendiri sudah menjadi genre utama dalam sesebuah pembikinan filem.

Siapa yang tak kenal francais yang membawa untung billion dollar seperti filem Star Wars? Salah satu pemangkin filem genre sains fiksyen yang tak lapuk ditelan zaman. Jadi hari ini abg Jo nak mengulas tentang filem sains fiksyen terbaru iaitu Passengers.

Passengers di terajui dua pelakon yang bukan asing di persada Hollywood, Chris Pratt dan Jennifer Lawrence. Kedua pelakon ini memang terkenal dengan watak francais yang sememangnya masyur Katnis Everdeen dari trilogi Hunger Games dan Peter Quill dari salah satu dari filem francais jutaan ringgit iaitu Guardian Of The Galaxy. Pada permulaan filem kita diperlihatkan dengan perjalanan merentasi bintang dengan kapal angkasa yang dipandu sepenuhnya oleh komputer.


Tajuk : Passengers (2016)

Genre :  Adventure / Drama / Romantik

Pelakon : Jennifer Lawrence, Chris Pratt, Michael Sheen

Pengarah : Morten Tyldum

Penulis: Jon Spaihts

Produksi : Columbia Pictures, LStar Capital, Village Roadshow Pictures

Bajet: $110,000,000 (anggaran)

Box Ofis: $22,175,201 (USA) (23 Disember 2016) (Kasar)

Durasi: 116 minit

Tarikh Tayangan : 21 Disember 2016


Sinopsis

Kapal angkasa tersebut membawa manusia ke penempatan baru iaitu Homestead 2, tetapi, tiba-tiba berlaku pelanggaran yang membuatkan Jim Preston (Christ Pratt) terjaga dari pod hibernasi dan ironi nya dia tak boleh tidur balik dan juga Jim terjaga terlebih awal iaitu 90 tahun awal!. Ha jadi bagaimana Jim seorang diri di dalam kapal angkasa mewah tersebut? Dan bagaimana pula Aurora Lane boleh terjaga? Yang tu korang kena pergi tengok la, kalau abang Jo cerita semua tak best la.

Review

Pada pendapat abang Jo, cerita ini dia lebih kepada hubungan antara lelaki dan perempuan, dan bagaimana komunikasi antara dua pihak ini berlaku. Untuk jalan cerita abang Jo tak kata ianya sempurna tetapi mudah dan senang nak faham konsep asas cerita Passengers ini. Plot tak terlalu meleret-leret. Apa yang filem ni kuat adalah kesan visual khas, jujur cakap korang bukan senang CGI artis nak buat kesan khas yang gempak macam ni. Secara keseluruhan abang Jo memang berpuas hati dan juga berharap agar di masa akan datang Sony akan buat lagi filem sains fiksyen macam ni.


P.S Review filem The Great Wall bakal menyusul tidak lama lagi.


Apa Komen Anda?

Review Filem Passengers (2016): Merentasi Bintang Dengan Kesan Visual Yang Terbaik

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in