Review Filem Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge


potc salazar revenge

Review filem Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge cubaan Johnny Depp untuk membawa balik watak digemari ramai.

Terus terang saya katakan yang francais kali ini agak tipikal dan formulaic, pengembaraan baru Jack Sparrow seolah tiada lagi kejutan yang boleh dipersembahkan, dengan kebocoran plot yang tak masuk akal, perkembangan watak yang tak bermakna cukup boleh buat penonton menguap.

Sinopsis Ringkas

Kisah ini dimulakan dengan Henry Turner iaitu anak kepada William Turner yang ingin mencari trisula Poseidon di mana ia mampu memusnahkan semua sumpahan di lautan.

Review Filem Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge

Cerita kali ini berentakkan perlahan dan mempunyai kesan khas yang amat menarik, kalian boleh anggap ianya sekadar ‘eye candy’ iaitu sekadar menonton untuk mengagumi kecantikan CGI yang berkemungkinan Disney telah menghabiskan sebahagian besar bajet filem ini ke arah jabatan kesan khas.

review filem pirates, kapten barbosa
Antara watak yang mainkan peranan penting, Kapten Barbosa kembali.

Perkembangan watak yang agak hambar, boleh katakan sepanjang filem ini dimainkan. Hanya 30% sahaja perkembangan watak yang dipersembahkan selebihnya disumbangkan kepada watak kesukaan rakyat iaitu Jack Sparrow.

Dalam banyak watak antagonis untuk francais POTC, kesukaan saya adalah Salazar, dengan loghat Sepanyol nya berserta tona suara yang berbaur seakan membawa ajal saya berpendapat yang Salazar mempunyai potensi yang besar.

Trailer

Tapi sayang francais ini milik Disney jadi watak Salazar seolah diturunkan tona keseramannya seolah Disney tak ingin kehilangan penonton kanak-kanak.

Review Filem Pirates of the Caribbean Secara Keseluruhan

Kali ini seolah tiada banyak beza dengan filem sebelum ini, namun ianya berpotensi untuk menjadi sebuah francais yang bagus, jikalau kena dengan penulis skrip dan pengarah yang betul.

**Quick Note: Ada babak menunjukkan kesambungan filem (post-kredit) di akhir filem tapi agak lama kena tunggu sebab dia sampai habis kredit semua.

Apa Komen Anda?

Review Filem Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in