Review Filem Seram GHOST DANUR: I CAN SEE THEM (2017)


review, ghost danur, i can see them

TAJUK: GHOST DANUR: I CAN SEE THEM
GENRE: SERAM
PENGARAH: AWI SURYADI
PELAKON: PRILLY LATUCONSINA, SHAREEFA DANISH, ASHA KENYERI BERMUDEZ

Pada umur Risa (Asha Kenyeri Bermudez) 8 tahun yang tinggal di rumah neneknya membuat hajat pada hari jadi kelahirannya supaya dia mendapat kawan baru dan tidak lagi kesunyian. Sejak daripada itu, ibunya, Elly (Kinaryosih) mula mensyaki anak perempuannya selalu bermain dengan seseorang. Dengan bantuan dari Ustaz, Elly berjaya menghalau “kawan-kawan” Risa supaya tidak menganggu anak perempuan lagi.

Namun pada 9 tahun kemudian, Risa kini bersama adik perempuannya Riri kembali ke rumah itu untuk menjaga neneknya yang uzur. Kini Risa sekali lagi mengalami gangguan yang menghantui keluarganya.

Filem ini diadaptasi dari Novel Risa Saraswati yang berjudul “Danur”. Untuk pengetahuan anda, cerita ini adalah berdasarkan pengalaman penulis Risa Saraswati sendiri. Apabila crew kami BloggerBar menemu ramah Risa, beliau mengatakan 80% daripada filem ini adalah benar. Apabila crew kami mendengar kenyataan tersebut, hahh memang betul-betul menyeramkan di pawagam.

Kembali ke filem Ghost Danur: I Can See Them, seram atau tidak itu bergantung pada keberanian masing-masing. Ada yang kata seram, ada yang kata okay sahaja. Filem ini juga tidak mempunyai scene yang melibatkan darah. Kenapa? Risa menjelaskan ianya permintaan dari “kawan-kawan” ghaibnya semasa pembikinan filem ini. 🙂

Banyak babak yang mengejutkan, pengarah Awi Suryadi juga pandai mengambil memainkan elemen seram yang mengejutkan di dalam karya beliau. Tapi rasanya, banyak juga babak-babak mengejut yang kita boleh agak.

Jadi secara keseluruhannya, karya Awi Suryadi dan hasil dari novel Risa Saraswati ini dapat memikat hati peminat filem genre seram. Jika anda inginkan filem seram yang berdasarkan kisah benar, filem ini adalah untuk anda.

Apa Komen Anda?

Review Filem Seram GHOST DANUR: I CAN SEE THEM (2017)

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in