Review Filem Seram Komedi Thai Zombie Fighters (2017)


zombie fighters, thailand

Anda peminat filem berkonsepkan “zombie”? Pada bulan lepas kita akan disajikan dengan filem zombie yang bergenre seram komedi dari negara Thailand di pawagam. Mari kita lihat apa kata jujur dari penonton kami tentang filem “Zombie Fighters” ini!

Tajuk: Zombie Fighters (2017)
Genre: Seram, Komedi
Arahan: Poj Arnon
Pelakon: Puvadol Vechwongsa, Pasakorn Sanrattana, Worachai Sirikongsuwan, Kittipat Samarntragulchai
Durasi: 1 Jam 44 Minit
Edaran: GSC Movies

Sinopsis Ringkas

Negara Thailand dijangkiti dengan sejenis virus yang mengubah manusia kepada mayat hidup. Cerita diikuti oleh sekumpulan remaja lelaki yang terperangkap di sebuah hospital lama yang dipenuhi oleh “zombie”. Mereka semua terpaksa berdepan dengan sekumpulan mayat hidup yang dahagakan daging manusia untuk terus hidup.

Review

Secara jujurnya, ramai yang mengatakan sangat bosan sewaktu menonton filem ini. Jalan cerita yang meleret dengan serangan zombie tanpa henti membuatkan rasa seperti 3 jam dalam panggung.

Pada pendapat admin, filem ini lebih ke arah komedi mengarut dari seram. Lawaknya ada yang okay tetapi terlalu banyak yang mengarut dan rasa sangat “annoying”! Filem ini juga tiba-tiba ada selit momen-momen romantik, kekeluargaan dan sedih yang tak sampai pada bahagian akhir.

Apa yang menarik dalam filem ini, admin rasa pada bahagian credit scene di mana mereka menunjuk babak-babak dari belakang takbir. Kita boleh lihat betapa usaha mereka menghasilkan filem “Zombie Fighters”. Banyak aksi dan kemalangan yang berlaku sewaktu pengambaraan kerana 80% dari filem ini mereka main kejar-kejar dengan “zombie”.

Satu lagi yang admin ingin puji ialah solekan “zombie” dalam filem ini. Admin boleh 4/5 make up untuk “Zombie Fighters”. Hasil solekan dari Thailand memang tak pernah menghampakan dan menampakkan “zombie” itu nampak “real”.

Ending yang tergantung dan sangat mengelirukan ini menyebabkan admin rasa filem ini memang sangat not worth it untuk menonton.

Apa Komen Anda?

Review Filem Seram Komedi Thai Zombie Fighters (2017)

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in