Review Filem Why Him? (2016): Rip Off Dari Meet The Parents?


why him, movie, 2016, trailer
Why him? Filem komedi lakonan Zoey Deutch dan James Franco pasti menarik perhatian anda. Lepas keluar dari panggung wayang,  abang Jo ada terdengar ura-ura yang mengatakan filem Why Him? ni adalah rip off dari movie Meet the Parents,  iaitu direct copy and paste dari movie yang asal. Mungkin disebabkan isu ini, filem ini kurang mendapat sambutan. Pada masa yang sama, terlalu banyak persaingan dalam bulan Disember ini.

Tajuk : Why Him? (2016)

Genre :  Komedi

Pelakon : Zoey Deutch, James Franco, Tangie Ambrose

Pengarah : John Hamburg

Penulis: Jonah Hill (story), John Hamburg (story)

Produksi : Red Hour Productions, 21 Laps Entertainment, TSG Entertainment

Bajet: $38,000,000 (anggaran)

Box Ofis: $21,816,603 (USA) (28 Disember 2016) (Kasar)

Durasi: 111 minit

Tarikh Tayangan : 23 Disember 2016


Sinopsis

Secara ringkasnya cerita ini mengisahkan Keluarga Fleming yang nak hari Natal bersama anak perempuan kesayangan mereka Stephanie.  Tetapi Stephanie pulak dah rancang nak sambut dengan teman lelaki nya iaitu Laird Mayhew. Untuk pengetahuan semua Laird ni adalah billionaire dan juga seorang yang Free spirit,  maksudnya seorang yang Happy Go Lucky dan agak gila-gila. Jadi,  plot cerita ni di kembangkan lagi dengan Laird cuba untuk menang hati ayah Stephanie Ned Fleming ( Bryan Cranston).


Jadi bagaimana hubungan bakal mertua dan bakal menantu ni?  Berjaya ke Laird menang hati Ned?  Ha kalian kena tengok la haha.

Review

Sejujurnya banyak review negatif abang Jo jumpa tentang movie Why Him? ini.  Kenapa?  Teruk sangat ke?  Nak kata teruk tu tak ada lah sampai tak boleh layan Movie tersebut.  Movie Why Him? ini boleh diklasifikasi sebagai 18 tahun ke atas jadi kalian semua sendiri sedia maklum  kalau 18 memang banyak adegan dewasa dan tak sesuai untuk kanak-kanak. Pada pendapat peribadi abang Joe,  Movie ni boleh di layan,  walaupun Rating 18 ke atas,  filem ini tetap ada unsur kekeluargaan.  Ada babak-babak kelakar.

Apa Komen Anda?

Review Filem Why Him? (2016): Rip Off Dari Meet The Parents?

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in