Review The Great Wall (2016): Filem Mitos Di Sebalik Tembok Besar China


the great wall movie, matt damon

Filem ini boleh dikatakan antara filem Cina yang paling mahal pernah dihasilkan. Bermula dengan tagline yang mempersoalkan apakah sebab Tembok Besar China dibinakan, apakah yang ingin mereka sorok daripada mata dunia? Abg Jo telah menyaksikan filem ini minggu lalu dan mari kita lihat apa review Abg Jo kali ini untuk filem The Great Wall.


Tajuk : The Great Wall (2016)

Genre :  Adventure / Aksi / Fantasi

Pelakon : Matt Damon, Tian Jing, Pedro Pascal, Andy Lau, Willem Dafoe, Lu Han

Pengarah : Yimou Zhang

Cerita Asal: Max Brooks, Edward Zwick, Marshall Herskovitz

Penulis Skrip: Carlo Bernard, Doug Miro, Tony Gilroy

Produksi : Legendary East, Atlas Entertainment, China Film Group, Kava Productions, Le Vision Pictures, Legendary Entertainment

Bajet: $135,000,000 (anggaran)

Durasi: 104 minit

Tarikh Tayangan : 29 Disember 2016


Sinopsis

Filem ini berlaku sekitar beberapa abad terdahulu dimana William Garin (Matt Damon) merupakan seorang askar dari Barat dan beberapa lagi sahabatnya ke Tanah China untuk mencari senjata misteri yang digelar serbuk hitam. Namun segalanya berubah apabila William sampai ke Tembok Besar China dan mempelajari kisah mitos yang sedang berlaku di Tanah tersebut. Adakah William akan meneruskan hajat asalnya atau terpaksa menghadapi rahsia disebalik pembinaan Tembok Besar China.

Review

Pada pendapat abang Jo, filem ini lebih tertumpu kepada sejarah Negara China dimana ia menceritakan kisah dongeng mengapakah mereka membina Tembok Besar China. Dari segi jalan ceritanya baik. Keseluruhan grafik filem The Great Wall ini cantik walaupun grafik makhluk dia nampak lebih CGI.

Abg Jo tengok mereka ini ada ambil sedikit konsep dari filem World War Z terutamanya bila makhluk-makhluk misteri tersebut ingin memanjat Tembok Besar China. Dari segi lakonan, susun atur dan cinematografi, Abg Jo rasa filem ini memang terbaiklah! Lagi-lagi bila tengok bagaimana sistematiknya askar-askar Cina ini mempertahankan Tembok Besar China.

Worth it tak kalau pergi tengok? Untuk penonton yang berbangsa Cina, Abg Jo rasa memang jangan terlepas filem ini. Kepada yang lain, kalau anda peminat filem perang fantasi, ingin lihat bagaimana bagus pelakon-pelakon dari China seperti Andy Lau dan Tian Jing berlakon, filem ini memang berbaloi.


P.S. Abg Jo rindu nak menonton lakonan pelakon favourite Abg Jo, Brad Pitt ini dalam filem Allied.


Apa Komen Anda?

Review The Great Wall (2016): Filem Mitos Di Sebalik Tembok Besar China

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in