Review Filem Guardian of The Galaxy Vol. 2 (2017)


guardians-of-the-galaxy-vol-2

TAJUK: GUARDIAN OF THE GALAXY VOL. 2
GENRE: AKSI, PENGEMBARAAN, SCI-FI
PENGARAH: JAMES GUNN
PELAKON: CHRIS PRATT, ZOE SALDANA, DAVE BAUTISTA, VIN DIESEL (BABY GROOT), BRADLEY COOPER, MICHAEL ROOKER, KAREN GILLAN, KURT RUSSELL

Susulan kisah dari GOTG yang pertama ini memberi pendekatan lagi mendalam tentang ahli keluarga GOTG ini, jikalau filem yang pertama adalah pengenalan bagi setiap watak dan bagaimana mereka jadi ahli keluarga, filem kedua pula memberi pendekatan lagi kompleks dalam tema kekeluargaan dan bagaimana mereka nak kekalkan hubungan keakraban tersebut.

Jalan cerita yang santai, seperti sebelum ini James Gunn ingin kita nikmati setiap detik dalam filem tersebut, aturan plot yang simetrikal tapi tak terlalu draggy setiap watak di beri masa dan perkembangan karakter yang memadai, jikalau nak pilih kombinasi, saya amat gemar kombinasi Rocket+ Yondu, persamaan yang tidak serangkai, boleh saya katakan.

Soundtrack kali ini lebih kepada pendalaman jiwa, sesama watak, dari lagu Brandy sehingga ke Guardian Inferno adalah satu transisi perjalanan watak untuk ke peringkat yang seterusnya, ada sedikit klise dalam cerita kali ini tetapi GOTG yang kedua ini fokus kepada konsep realiti Vs fantasi, ada beberapa pengenalan watak baru GOTG kali ini adalah campuran humor+sedih..

Dalam GOTG yang kedua Marvel dah mula memperkenalkan watak entiti kosmik, dari situ kita dah boleh jangka akan klimaks yang epik akan berlaku di filem-filem Marvel akan datang, oh dan GOTG kali ini adalah 5 babak pasca kredit, jadi seeloknya tunggu sampai habis kredit.

Apa Kata Penonton?

guardian of the galaxy 2 kata penonton

Apa Komen Anda?

Review Filem Guardian of The Galaxy Vol. 2 (2017)

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in