Nostalgia! Review Permainan 90an Tamiya 4WD Mini di Malaysia.


Kepada sesiapa yang lahir pada tahun 80-90 an pasti nama kereta Tamiya tidak asing lagi bagi korang. Lagi-lagi apabila cerita anime Dash! Yonkuro mula ditayangkan dalam Malaysia pada tahun 1996. Memang pada zaman admin masa kecil cerita ini, nostalgia habis kalau dikenang balik! Tapi masih ada ke yang layan Tamiya 4WD Mini ni?? Hahh mari kita lihat!

Sebenarnya permainan Tamiya 4WD Mini ini masih lagi wujud walaupun tidaklah terkenal seperti dulu. Kalau anda nak tahu permainan Tamiya 4WD Mini ini bukan sahaja diminati oleh golongan kanak-kanak, malah ia turut diminati oleh golongan dewasa. Permainan ini masih lagi dimainkan sehingga kini dan setiap tahun juga akan ada pertandingan Tamiya 4WD Mini dianjurkan kepada peminat permainan ini.

dewa kelajuan 3 malaysia speed tamiya championship
Info lanjut – https://www.facebook.com/DYShobbyevent/

Antara kereta mini 4WD yang popular sehingga kini ialah Emperor, Shooting Star, Canon Ball, Burning Sun dan juga Dancing Doll. Kalau anda dulu layan anime Dash! Yonkura mesti anda pernah dengar nama-nama kereta mini ini semua. Ini adalah antara kereta-kereta yang digunakan oleh watak-watak dalam kartun ini.

Tamiya 4wd mini, Dash-01 Super Emperor
Tamiya Dash-01 Super Emperor

Dari segi pandangan admin, sebenarnya kebanyakan yang masih layan permainan ini adalah kanak-kanak yang membesar dalam tahun 1990 hingga 1998. Apa yang menariknya, ramai diantara pemain Tamiya 4WD Mini boleh merangka dan pasangan litar mereka sendiri!

Spare parts untuk permainan ini juga bukanlah murah ya. Enjin Dash Motor sahaja juga boleh cecah harga dari RM40 sehingga RM70. Apa yang admin diberitahu sewaktu berjumpa dengan kumpulan yang masih aktif dalam permainan, sebenarnya permainan ini memerlukan kreativiti yang tinggi. Pemain perlu tahu bagaimana untuk stabilkan kereta supaya ianya tidak terkeluar dari litar sewaktu beraksi, padankan bearing kereta supaya kereta mini anda lancar dan pelbagai lagi.

kedai tamiya 4wd mini
Anda boleh dapat ready basic set dalam harga RM60 – RM80.

Anda masih boleh dapatkan kereta Tamiya 4WD Mini di mana-mana pusat-pusat membeli-belah seperti Aeon di bahagian permainan ataupun direct ke kedai-kedai rasmi Tamiya sendiri. Kebanyakkan harga full set untuk kereta ini dalam harga RM80.00. Anda juga boleh cari mana-mana Facebook Page atau Group yang masih aktif dalam menjual permainan ini dengan harga secondhand.

Apa yang anda perlu tahu adalah chassis kereta mini yang anda ingin beli, samada yang jenis pattern baru atau yang lama supaya nanti mudah untuk anda cari spare part yang padan dengan chassis kereta mini anda.

Jadi apa kata anda tentang permainan Tamiya 4WD Mini ini? Berikan komen anda di bawah. Mungkin anda juga boleh kongsikan sebarang info seperti perniagaan anda, pertandingan dan lain-lain.

Apa Komen Anda?

Nostalgia! Review Permainan 90an Tamiya 4WD Mini di Malaysia.

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in