Review Your Name. ‘Kimi no Na wa.’ (2016) Filem Animasi Jepun


kimi no na wa, your name, anime

Filem animasi Jepun, Your Name. atau dalam bahasa ibundanya ‘Kimi no Na Wa.” arahan Makoto Shinkai ini sememangnya berjaya menambat hati ramai penonton. Filem yang turut memenangi Anugerah Best Animation 2016 di LAFCA (Los Angeles Film Critics Association) Award juga mendapat pujian yang amat tinggi bukan sahaja dari penonton Jepun, malah di serata dunia. Selepas menonton filem ini, admin rasa rugi kalau tidak dikongsikan peminat-peminat filem di Malaysia. Sebelum itu, mari kita lihat sinopsis filem ini di bawah.


Tajuk: Your Name (2016)
Genre: Animasi, Drama, Fantasy
Arahan: Makoto Shinkai
Suara Latar: Ryunosuke Kamiki, Mone Kamishiraishi
Bahasa: Jepun


Sinopsis Ringkas

Mengisahkan dua jasad remeja yang bertukar dalam kejadian yang luarbiasa tanpa mengenali antara satu sama lain. Suatu insiden menyebabkan mereka kembali seperti normal dengan hanya tinggal cebisan ingatan dalam minda mereka. 3 tahun kemudian, Taki mengambil keputusan untuk mencari Mitsuha, gadis misteri yang pernah mendiami tubuh badannya dengan cebisan memori yang dia ada.


Review

Admin boleh katakan filem ‘Your Name’ ini ialah antara filem animasi Jepun yang paling baik admin pernah tonton. Filemnya mempunyai banyak twist yang menarik sehingga penonton akan lebih rasa ingin tahu seterusnya. Apa yang admin rasa kagum dengan filem ini ialah jalan ceritanya.

Ianya mempunyai 3 episod dalam satu filem. Admin rasa filem ini boleh dikatakan agak ‘predictable’ pada awalnya, namun apabila masuk episod 2 dan 3, jalan ceritanya lebih unik dan luarbiasa. Yes, animasinya juga sangat cantik dan sedap mata menonton. Patutlah dapat menang Best Animation 2016 di LAFCA Award.

Filem ini mempunyai babak-babak lucu, romantik dan kebanyakkannya sebak. Jadi, admin rasa filem ini sebenarnya sesuai ditonton bersama pasangan dan keseorangan. Mungkin ianya lebih fokus kepada remeja dan dewasa kerana jalan ceritanya mungkin agak kompleks bagi kanak-kanak.



Apa Komen Anda?

Review Your Name. ‘Kimi no Na wa.’ (2016) Filem Animasi Jepun

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in