Review Wonder Woman: Kasih Sayang Mampu Meluhurkan Kebencian


review wonder woman

Rating 6.8/10

Sejujurnya saya kata sejak melihat trailer sulung Wonder Woman ianya tak meyakinkan langsung untuk saya melihat filem tersebut. Namun setelah menontonnya, ianya lebih dari sekadar ‘eye candy’ untuk CGI.

Review Wonder Woman kali ini bermula dengan cerita kita di bawa ke Themyscira, sebuah pulau tersembunyi dari mata kasar manusia, di mana para wanita Amazon menjalani kehidupan dalam keadaan yang teratur dan harmoni.

Boleh saya katakan yang saya amat kagum dengan gaya kehidupan wanita Amazon ini, mereka semua hidup dalam satu aturan yang sistematik tanpa konflik. Walaupun ada sedikit percanggahan pendapat namun ia tidak menjejaskan aturan yang sedia ada ini.

review wonder woman

Kita di perkenalkan dengan Diana, Puteri Themyscira dan satu-satunya kanak-kanak yang berada di situ, bonda Diana iaitu , inginkan Diana menjalani kehidupan sebagai Kanak-kanak yang normal, namun Diana mempunyai sifat ingin tahu yang kuat dan ingin berjuang di samping saudarinya.

Elemen suspen di bina sedikit demi sedikit apabila seorang juruterbang Steve Trevor terhempas di dalam kawasan pulau tersebut, dari situ lah perkembangan plot berlaku.

Atas dasar simpati dan belas kasihan, Diana keluar dari kepulauan untuk membantu Steve Trevor dengan menamatkan peperangan yang sedang berlaku, dari sini Diana belajar yang manusia tak ubah bagai koruptor yang saling korup dan merosakkan sesama manusia.

Kenapa admin cakap kena stanby bantal tadi? Inilah sebab dia.

Meskipun mempunyai binaan plot struktur yang sederhana, namun filem ini gagal memberi kita impak klimaks yang seperti kita inginkan, kekemasan cerita yang kucar-kacir dengan dialog … Banyak yang meleret-leret, rasanya kalau yang jenis lambat faham bahasa Inggeris ni mesti akan terlelap. Boleh dikatakan macam┬álagu lentok berserta pula dengan penggunaan kesan CGI yang agak berlebihan dan berlanjutan. Over kak oii!

Secara keseluruhan

Wonder woman sebuah permulaan yang sederhana, dan masih ada harapan untuk DC extended Universe memperkemaskan lagi garapan skrip dan struktur plot yang bagaikan syok sendiri.

Apa Komen Anda?

Review Wonder Woman: Kasih Sayang Mampu Meluhurkan Kebencian

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in