REVIEW FILEM THE FATE OF THE FURIOUS – A.K.A FAST & FURIOUS 8


Filem lumba kereta yang tidak pernah kering dengan aksi yang mengagumkan dan mampu membuatkan penonton tergamam dan ketawa oleh aksi lucu pelakon – pelakon mereka. Jalan cerita baru yang mampu membuka lembaran baru untuk siri filem Fast & Furious yang akan datang. 

 

Tajuk: The Fate Of The Furious (2017)
Genre: Aksi, Komedi
Durasi: 2 Jam 16 minit
Arahan: F. Gary Gray
Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Ludacris

SINOPSIS

Apabila datang seorang wanita misteri menggoda Dom ke dalam dunia keganasan dan pengkhianatan terhadap orang-orang yang paling dekat dengan beliau atau lebih dikenali sebagai ‘keluarga’, maka bermulalah satu misi yang paling sukar untuk ahli ataupun sahabat rapat Dom iaitu menjejaki Dom dan menarik balik Dom ke jalan yang benar.

REVIEW

Sememangnya terkenal dengan filem aksi lumba kereta yang tidak masuk akal, filem Fast & Furious kali ini juga mempunyai adengan – adengan yang boleh membuatkan anda tergamam dan tertarik untuk terus menonton filem ini sehingga tamat. Namun, jika anda tidak pernah menonton filem Fast & Furious sebelum ini, tetapi anda mampu menerima aksi kereta terbang, letupan yang mampu memusnahkan satu bandar, dan juka pergaduhan yang tidak masuk akal seperti filem superhero Marvel ataupun D.C Comics, maka filem kali ini amatlah sesuai dengan anda.

Namun didalam keseronokan dan kehebatan filem aksi lumba kereta Fast & Furious yang terbaru ini, tidak dinafikan bahawa ia juga mempunyai beberapa kelemahan antaranya dari segi aspek jalan cerita dan juga CGI yang kurang memuaskan. Untuk filem kali ini, percubaan pengarah F. Gary Gray umtuk meningkatkan aspek-aspek lain filem ini seperti aspek kekeluargaan yang lebih mendalam antara watak – watak Fast & Furious 8 dilihat kurang menarik dan agak membosankan. Selain itu pengarah juga kurang berpengalaman untuk menonjolkan aksi yang lebih menarik berbanding dengan pengarah – pengarah siri filem Fast & Furious yang sebelumnya iaitu James Wan dan Justin Lin.  

CGI yang di gunakan dalam filem ini tidak memuaskan seperti filem-filem superhero yang lain namun tidaklah juga mengecewakan seperti filem bajet murah tetapi ada beberapa plot dimana CGI yang digunakan nampak tidak realistik dan seperti hasil editing yang lemah dan tidak realistik. Dari segi mutu lakonan oleh pelakonnya pula, kesemua pelakon seperti biasa menonjolkan lakonan yang terbaik terutamanya Charlize Theron yang melakonkan watak Cipher sebagai ketua jahat dalam filem ini. Selain itu penampilan Jason Statham dan lakonan aksi oleh Vin Diesel dan Dwayne Johnson yang tidak pernah mengecewakan menjadikan filem ini masih lagi mampu menarik minat penonton.

Secara jujurnya, ada plot – plot yang terbaik dalam filem ini namun ada juga plot-plot yang tidak menarik dan membosankan. Sedikit penambah-baikkan dari segi CGI dan jalan cerita mungkin boleh membuatkan filem ini antara filem yang menarik tahun 2017.

SECARA KESELURUHAN

Kesimpulannya, walaupun filem ini tidaklah sehebat filem sebelumnya, namun filem ini tetap berbaloi untuk anda bawa pasangan anda ataupun ahli keluarga anda menonton di pawagam berdekatan.

KOMEN PENONTON

 

 

 

 

 

  TRAILER THE FATE OF THE FURIOUS

<

Apa Komen Anda?

REVIEW FILEM THE FATE OF THE FURIOUS – A.K.A FAST & FURIOUS 8

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in