Review Filem Bo-Peng 2016, Pasti Kering Gusi!


Filem Bo-Peng, Filem Komedi 2016, Filem Komedi Melayu, Nabil Ahmad, Bo-Peng, Zulin Aziz, Johan Asari

[fb_button]

“Kita punya Bloodbrothers takde sape boleh lawan bro!”

Tanggal 7 Disember 2016 (Rabu) yang lepas, Abang Jo sempat menghadiri preview filem “Bo-Peng” yang bakal menjenguk pawagam seluruh Malaysia pada 22 Disember 2016. Filem ini dilakonan oleh Nabil Ahmad, Johan As’ari, Zulin Aziz dan Sofi Jikan. Sebelum share review Abg Jo, korang boleh tengok dekat bawah ni dulu ye :


Genre : Komedi Thriller

Pelakon : Nabil Raja Lawak, Johan Asári [Juvana], Zulin Aziz, Soffi Jikan, Wanna Ali, Fauzi Nawawi, Along Edzendy, Elli Suriati, Kilafairy dan Dira Abu Zahar.

Pengarah : HelmiYusof

Penerbit : Dato’ Aýu Puteh

Studio : Pencil Pictures & Records Sdn Bhd

Tarikh Tayangan : 22 Disember 2016


Sinopsis Filem Bo-Peng :

Baiklah, Abg Jo nak cerita jalan cerita filem Bo-Peng 2016 ini sikit lah ye bagi korang nampak.

Filem ini mengisahkan tentang nilai persahabatan dua sahabat iaitu Bo (Nabil Ahmad) & Peng (Johan As’ari) yang menggunakan trademark “Kita punya Bloodbrothers takde sape boleh lawan bro!”

Ia menceritakan tentang kisah seorang gadis yang bernama Mira Idora Senrose (Zulin Aziz) yang sedang hangat bercinta dengan Peng dan suatu hari Mira telah diculik dan mengakibatkan keadaan menjadi huru hara.

Yang paling best, nampak kisah percintaan antara Johan As’ari dan Zulin Aziz ini kuat walaupun mereka hanya bercinta di media sosial sahaja tanpa pernah berjumpa. Pelbagai cara Johan ikhtiarkan untuk proses pencarian ini.

Filem ini turut dimeriahkan lagi dengan hadirnya watak “Bo” lakonan Nabil Ahmad yang tidak kering gusi menghiburkan para penonton. Pelbagai telatah dan karenah Nabil mencuit hati dari awal sehingga akhir filem. Filem Bo-Peng terbaik & Filem komedi terbaik juga menjadi bualan orang ramai rabu lepas.

 

Komen Abg Jo:

Walaupun filem ni Abg Jo tengok ada mirip-mirip filem omputeh, tapi abang tetap bagi kredit 3/5 bintang kerana lakonan para pelakon segar dan kekal ceria sepanjang penceritaan. Lakonan Wanna Ali sebagai (Wanna) juga berkesan walaupun cuma muncul seketika kan.

Tidak lupa juga watak Sofie Jikan juga menjadi sebagai watak psiko dalam filem BoPeng ini. Abg Jo siap terasa risau & seriau dengan watak Sofi. Risau orang rumah abg jo dekat rumah kot. Hehehe

Mari ramai2 penuhkan pawagam (P13) pada 22 Disember 2016 ini. Sesuai ditonton untuk seisi keluarga. Lagi sesuai untuk korang yang mencari rancangan untuk gelak ketawa & release stress tu.

 [supsystic-gallery id=4 position=center]


P/S : Abg Jo dengar cerita haritu Nabil bagitaw ini filem terakhir Nabi berlakon di bawah arahan orang lain. Maksudnya Nabil Ahmad akan mengarah filem sendiri pula selepas ini. Murah rezeki Nabil Ahmad sekarang ye.


Apa Komen Anda?

Review Filem Bo-Peng 2016, Pasti Kering Gusi!

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in