Rogue One: A Star Wars Story (2016) Malaysian Review


Star Wars, Rogue One, Review, Poster, Scene, Felicity Jones, Jyn Erso

“Sebuah peristiwa penting yang berlaku sebelum Star Wars IV: A New Hope.”

Adakah anda peminat fanatik filem Star Wars? Jika jawapan anda adalah ya, filem ini sememangnya dicipta untuk anda!

Pada 15 Disember 2016, Abg Jo dapat menghabiskan masa bersama blogger-blogger lain dalam BloggerBar untuk menonton filem terbaru dari Lucasfilm ‘Rogue One: A Star Wars Story’. Mari kita lihat apa yang menarik dalam filem ‘Rogue One: A Star Wars Story’ ini!


Genre : Sains Fiksyen / Aksi / Adventure

Pelakon : Felicity Jones, Diego Luna, Alan Tudyk, Donnie Yen, Wen Jiang, Ben Mendelsohn, Forest Whitaker, Riz Ahmed, Mads Mikkelsen

Pengarah : Gareth Edwards

Produksi : Lucasfilm, Allison Shearmur Productions, Black Hangar Studios

Bajet: $200,000,000 (anggaran)

Tarikh Tayangan : 16 Disember 2016


Sinopsis ‘Rogue One: A Star Wars Story’:

Filem ini mengisahkan tentang perjuangan sekumpulan dari pihak The Rebellion dalam menentang pihak Empire yang kejam dengan perancangan untuk merampas pelan Death Star, senjata untuk memusnahkan planet.

Ia bermula dengan seorang gadis yang bernama Jyn Erso (Felicity Jones) yang ditinggalkan oleh ayahnya, Galen Erso (Mads Mikkelsen) kerana pihak Empire memerlukan ayahnya untuk mencipta senjata berbahaya sewaktu dia masih budak.

15 tahun kemudian setelah dia menjadi dewasa, Jyn dihimpit sekali lagi dalam perang Galaxy antara pihak Empire dan The Rebellion kerana dia merupakan satu-satunya kunci untuk merungkai rahsia di sebalik senjata terbaru pihak Empire yang dicipta oleh ayahnya, Death Star, yang berkemampuan untuk memusnahkan sesebuah planet.

 

Trailer Official ‘Rogue One: A Star Wars Story’

 

Review Abg Jo:
Rogue One, Timeline, Star Wars, Event, When, Happen
Kenapa sesiapa yang keliru “timeline” di mana filem Star Wars kali ini berlaku.

Filem ini sememangya dicipta untuk peminat tegar filem Star Wars kerana filem ini berdasarkan satu event yang berlaku sebelum Star Wars Episode IV: A New Hope. Lebih kurang sebagai filler. Namun jalan cerita dan watak-watak yang terlibat dalam Rogue One ini sangat menarik! Mungkin pada awalnya ia agak perlahan kerana dia memperkenalkan watak-watak baru yang ada dalam filem ini. Ia mula menjadi lebih menarik apabila sampai ke pertengahan dan pengakhiran yang sungguh epik! Rugi kalau keluar panggung awal-awal.

Yang paling best, anda juga berpeluang untuk menyaksikan watak villian kegemaran sepanjang zaman, Darth Vader dalam filem ini! Darth Vader tidaklah muncul sepenuhnya dalam Rogue One kerana Darth Vader lebih kepada pemerhati projek Death Star.

Ada atau tidak Darth Vader beraksi dalam filem ini? Hahh ada! Itulah yang babak paling epik Abg Jo rasa dalam filem ini.

 

Kesimpulan:

Akhir kata dari Abg Jo, penggambaraan dalam filem ini sungguh menyentuh perasaan. Jadi apa pendapat anda tentang filem Star Wars kali ini? Jangan lupa untuk tinggalkan ‘Rating’ di atas dan ‘Comment’ anda di bawah tentang pendapat anda!

 


P/S : Abg Jo minggu depan planning nak tengok Assassin’s Creed ni. Confirm menarik punya filem Michael Fassbender. Nantikan review Abg Jo yang seterusnya di BloggerBar! 


Apa Komen Anda?

Rogue One: A Star Wars Story (2016) Malaysian Review

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in