Akhirnya ‘Rumah Paku’ di tengah lebuh raya diruntuhkan selepas 14 tahun


Shanghai – Selepas 13 tahun berunding, satu keluarga di sini akhirnya bersetuju menjual rumah mereka yang yang dikenali sebagai rumah paku di tengah lebuh raya Shangai, China sejak 2004.

Xu yang berusia 87 tahun dan bersama lapan ahli keluarganya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rumah mereka di pinggir Shanghai pada 15 September lalu.

Walaupun Xu dan keluarganya enggan berpindah kerana tidak berpuas hati dengan pampasan yang ditawarkan.

Namun akhirnya keluarga itu bersetuju berpindah selepas pemaju berjanji memberi empat rumah flat baru dan wang tunai 2.3 juta yuan (RM1.46 juta) pada bulan lalu.

Rumah yang dikenali sebagai ‘rumah paku’ di China apabila ia menjadi satu-satunya bangunan usang di tengah pembangunan dirobohkan oleh pemaju dalam tempoh 90 minit pada awal pagi kelmarin.

Untuk pengetahuan anda, Xu menerima notis untuk merobohkan rumah berkenaan pada 2003 oleh kerajaan tempatan untuk pembinaan lebuh raya yang baru.

Semua kediaman di sekitar rumah Xu dirobohkan untuk membina lebuh raya empat laluan.

Selama 14 tahun, rumah milik Xu itu berdiri kukuh di tengah Lebuh Raya Hu Ting Bei.

Keadaan itu menyebabkan jalan berkenaan terpaksa dikecilkan kepada dua laluan dan melingkari rumah berkenaan yang sering menyebabkan kesesakan.

Seorang ahli keluarga Xu, Zhang Xinguo berkata, tinggal di rumah yang terletak di tengah lebuh raya bukan mudah dan mereka tidak sabar untuk berpindah.

“Saya melihat kemalangan jalan raya sebanyak tiga kali dan ada sebuah teksi yang melanggar dinding rumah ini,” katanya.

Source: Harian Metro

Apa Komen Anda?

Akhirnya ‘Rumah Paku’ di tengah lebuh raya diruntuhkan selepas 14 tahun

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in