Samsung Galaxy C9 Pro Telefon Pintar Samsung Pertama yang Mempunyai 6GB Ram


samsung-galaxy-c9-pro

Telefon Pintar jenama Samsung memang tidak asing lagi dalam menghasilkan telefon pintar yang boleh dikatakan kelas pertama di dunia. Yang terbaru, Samsung Galaxy C9 Pro, telefon pintar jenama Samsung Pertama yang mempunyai 6 GB Ram dan 1.95 GHz Octa-core processor.

Diketengahkan konsep telefon pintar yang sangat laju dan sesuai untuk kegunaan applikasi-applikasi berat terutamanya applikasi permainan.

samsung galaxy c9 pro

Untuk kegunaan kamera, Samsung Galaxy C9 Pro mempunyai “Dual 16 MP Kamera” di mana pengguna boleh mendapat gambar yang lebih baik walaupun dari sudut selfie. Ia juga datang bersama¬†f/1.9 aperture.

Samsung Galaxy C9 Pro mempunyai skrin 6.0″ Full HD Super AMOLED. Jadi kepada sesiapa yang suka untuk menonton video-video High Definition pada telefon pintar memang tiada masalah untuk menggunakan telefon pintar ini.

Jadi bagaimana pula dengan ketahanan baterinya? Baiklah, Samsung Galaxy C9 Pro mempunyai bateri yang berkuasa 4,000 mAh dan menggunakan USB type C untuk charging. Walaupun ianya tidaklah sehebat Samsung Galaxy A9 Pro tetapi ianya lebih baik dari Samsung Galaxy S8 dari segi ketahanan bateri.

Seperti telefon pintar Samsung yang lain, Samsung Galaxy C9 Pro mempunyai 64 GB memori dalaman dan boleh tambah sehinggan 256 GB dengan memori luaran. Jadi admin rasa memang tidak mempunyai sebarang masalah dari segi storage atau lain-lain.

Harga rasmi untuk Samsung Galaxy C9 Pro ialah RM2,299 di Malaysia. Ianya sepadan dengan spec nya. Kalau Samsung Galaxy A9 Pro dulu masa launching harganya dalam RM1,999. Untuk penambahan 2 GB Ram, harganya masa okay lagi pada pendapat admin.

samsung-galaxy-c9-pro-malaysia-promo

Secara keseluruhannya, admin rasa Samsung Galaxy C9 Pro tidaklah sehebat Samsung Galaxy S8 dimana teknologi Samsung Galaxy S8 masih lagi canggih dari segi water resistance, dan Bixby, AI baru untuk Samsung. Namun, Samsung Galaxy C9 Pro juga mempunyai kelebihannya terdiri terutamanya kepada pengguna yang lebih cenderung untuk main video permainan dalam telefon pintar.

Anda Mungkin Berminat: New Samsung Galaxy S8 & S8+ Unbox Your Phone!

 

Apa Komen Anda?

Samsung Galaxy C9 Pro Telefon Pintar Samsung Pertama yang Mempunyai 6GB Ram

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in