transformers__the_last_knight_by_guillermotfmaster-da2y7cz

4. Wonder Woman

Untuk wanita di luar sana, anda jangan risau kerana tahun 2017 anda juga akan dapat melihat superhero wanita iaitu Wonder Woman. Sekiranya anda melihat cerita Batman VS Superman, anda boleh lihat watak Wonder Woman yang dilakonkan oleh Gal Gadot yang juga merupakan salah seorang bintang filem Fast and Furious 6.  Dalam filem Wonder Woman anda akan dapat mengetahui sejarah Wonder Woman.

 

5. Thor: Ragnarok

Thor Ragnarok

Avengers : Age of Ultron menyaksikan The Hulk telah meninggalkan kumpulan avengers dan Thor pula telah membuat keputusan untuk kembali tinggal di planet kelahirannya. Thor : Ragnarok kali ini akan menceritakan sambungan apa yang berlaku kepada The Hulk di mana dia akan bertemu Thor dan berkemungkinan mereka berdua akan bertempur. Punca pergaduhan belum di pastikan tetapi yang pastinya pasti akan berlaku sesuatu yang dahsyat apabila Thor yang mempunyai kuasa sekuat tuhan bertanding dengan The Hulk yang tiada rasa sakit dan takut dalam dirinya. Sama sama kita nantikan trailer-nya yang akan keluar tidak lama lagi.

 

6. Justice League Part 1

Filem Justice League pastinya salah satu filem yang dinantikan oleh semua peminat peminat superhero di seluruh dunia. Daripada pengarah yang sama mengarah Batman VS Superman, pastinya ramai yang risau filem ini akan kurang hangat sepertimana yang terjadi pada Batman VS SUperman, tetapi selepas melihat trailer Justice League, rata rata pengkritik telah mengubah fikiran dan akan memberi peluang sekali lagi untuk melihat sehebat mana filem ini. Dalam trailer Justice League part 1 turut menunjukkan Aquaman yang dilakonkan oleh Jason Momoa yang pastinya akan menarik minat ramai orang kerana rupanya yang seakan akan ganas. Selain itu Justice League turut menampilkan The Flash lakonan Ezra Miller dan Wonder Woman lakonan Gal Gadot.

Apa Komen Anda?

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in