Bagaimana elakkan daripada Blacklist PTPTN ?


Ramai yang mengeluh kena blacklist PTPTN dan tak dapat ke luar negara. Ada yang salahkan pihak ini, dan pihak itu. Perkara utama anda kena buat ialah semak dulu sama ada anda sudah di senarai hitam atau belum

Cara Menyemak status PTPTN :
1- Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan http://sspi2.imi.gov.my

2- Portal Rasmi PTPTN – Semakan Senarai Hitam

3- Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

4- Hadir di kaunter PTPTN / JIM

Peminjam hendaklah berunding dengan PTPTN dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.

Kesan senarai hitam PTPTN ?
Pemohon tidak akan dibenarkan memperbaharui pasport dan dihalang dari keluar negara.

Bagaimana cara untuk ‘bersihkan’ nama dari senarai hitam ptptn?

1- Peminjam boleh jelaskan keseluruhan hutang ptptn minimum 7 hari sebelum hendak ke luar negara

2- Peminjam boleh jelaskan hutang tertunggak dahulu minimum 7 hari sebelum ke luar negara.

3- Peminjam boleh berunding dengan pihak PTPTN tentang jumlah amaun yang mampu dibayar secara berkala minimum 7 hari sebelum ke luar negara.

Soalan : Saya makan pun cukup2 jer, mana mampu nak bayar ? Lagi2 musim GST la? harga naik la ?

Jawapan : Masa pinjam tak fikir dulu ke dik ? hehe. Dari kita complaint macam2 kan, ni ada tips sikit untuk anda cuba.
AKAUN KEDUA KWSP  :
Pernah dengar tentang pembayaran melalui akaun 2 kwsp ? Akaun kedua kwsp bukan sahaja boleh membantu bayar hutang ptptn, banyak lagi kegunaan lain seperti loan rumah dan sebagainya. Next entry saya sharekan tentang kelebihan akaun 2 kwsp.

Bagi akaun kedua kwsp yang layak,anda boleh gunakan untuk membayar hutang ptptn. Caranya mudah sahaja :
1- Walk in mana2 cawangan KWSP ( Berunding dengan mana2 pegawai disana, kena tunggu approve dulu dalam masa 3-5 hari berkerja )

2- i-kwsp ( Boleh dibuat online jika ada akaun, terma dan syarat boleh rujuk website PTPTN atau call Careline dia 03-2193 3000

3- Lepas approve je rundingan/permintaan korang tu ,boleh walk-in mana-mana PTPTN Stop Centre untuk berunding dengan pegawai ptptn pula tentang kemampuan anda untuk jelaskan hutang.
(Recommended ke Cawangan Ptptn KL Sentral, pegawai disana bagus2 dan akan tolong anda adjustkan jumlah pembayaran tu)

4- Bila rundingan dua-dua pihak selesai, tunggu je aggrement baru (dalam 30minit) dan bayar RM20 untuk setem hasil. Settle.
Simple kan kalau nak settlekan pembayaran hutang ptptn ni. Sharekan post ini bagi membantu rakan-rakan settlekan hutang dunia ni. 🙂

Apa Komen Anda?

Bagaimana elakkan daripada Blacklist PTPTN ?

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in