JUST SEAFOOD | Ala-ala Shell Out, KOTA DAMANSARA


Kembali ke Segmen “Cari Makan Bersama BloggerBar”! Kali ini admin akan bawa anda semua ke sebuah restoran makanan Seafood di Sunway Giza Mall, Kota Damansara, Just Seafood!

Mereka mengatakan restoran ini ada pelnagai jenis makanan laut dan semuanya segar-segar. Anda masih mencari-cari Shell Out terbaik dan fresh?? Jom kita lihat!

LOKASI PERNIAGAAN

Sebelum admin buat review mengenai makanan di restoran ini, admin akan kongsikan alamat restoran ini supaya nanti mudah untuk anda semua datang ke sini.

Alamat: A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, restoran ini “open” dari pukul 12 tengahari sehingga 10.30 malam.

‘MENARIK’ DALAM MENU

Mari kita lihat apa yang best dalam menu restoran Just Seafood!

Sewaktu dalam sesi Cari Makan Bersama BloggerBar di Just Seafood, host kami, Abang Syahmi Naim kita telah dihidangkan 3 set seafood yang terhangat di restoran ini iaitu Cajun Style, Creamy Peanut Special dan Butter Milk.

Last but not least, kami dihidangkan dengan set Seafood Basket yang mempunyai Oyster Fritters, Large Prawn Fritters, dan Calamari Fritters. Memang sedap!

Lihat video penuh Cari Makan Bersama BloggerBar di Just Seafood, Kota Damansara.

KESELURUHAN

Harganya padan dengan potion yang diberi dan seafood dia memang segarrrrrrrr! Sekiranya anda penggemar seafood, saya cadangkan anda cuba di Just Seafood. Ianya dihidangkan ala-ala Shell out, tetapi boleh dikira sebagai shell out yang segar di tambah pula sos-sos shell out yang sedap

APA KATA ANDA?

Kongsikan pendapatan anda dalam ruang ‘Comment’ yang telah disediakan di bawah! Jumpa lagi di sedutan Cari Makan Bersama BloggerBar.

 

Apa Komen Anda?

JUST SEAFOOD | Ala-ala Shell Out, KOTA DAMANSARA

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in