Spider-Man Homecoming Review: Tom Holland Berjaya Mainkan Watak Peter Parker


spiderman homecoming, tom holland

Editor’s Review: Tom Holland Berjaya Mainkan Watak Peter Parker

Kita semua sedia maklum tentang kisah asal cerita Spiderman, bagaimana dia dapat kuasa dan sebagainya, serta kematian pakcik Ben.

Filem Spiderman kali ini mensasarkan penonton yang lebih muda atau lebih tepat golongan remaja. Peter Parker, remaja 15 tahun yang fikir dia mampu untuk membanteras jenayah.

Permulaan cerita ini agak ringkas awal lagi kita di perkenalkan dengan watak antagonis iaitu Adrian Toomes, lelaki separa abad yang inginkan keadilan di sebalik penganaiyan yang berlaku.

Apa yang buat reboot spiderman kali ini menarik adalah watak Peter Parker sendiri, Tom Holland berjaya memainkan watak sebagai Peter Parker yang jauh lagi muda dari Spiderman sebelum ini.

Meskipun pada mulanya saya berasa sangsi bagaimana Tom Holland akan menjayakan watak Peter Parker namun kesangsian saya meleset apabila melihat kesusahan lakonan Peter Parker dalam menjalani kehidupan harian sebagai pelajar dan juga adiwira cuba mengimbangi kehidupan sebagai remaja yang meningkat dewasa.

spiderman homecoming, tom holland

Perjalanan cerita yang ringkas dan terus-terang, Peter Parker cuba memerangi jenayah di kawasan kejiranan, terjumpa Konco-konco Adrian AKA Vulture, cerita di perkembangkan dengan pengenalan watak sampingan seperti kawan sekelas seperti Ned, Liz ( cinta pandang pertama mungkin?).

Filem ini juga berjaya mengimbangi antara aksi dan dialog.

Secara keseluruhan ianya reboot yang baik, dan amat sesuai di tonton seisi keluarga dan belia remaja.

Rating dari BloggerBar 7.6/10

Apa Komen Anda?

Spider-Man Homecoming Review: Tom Holland Berjaya Mainkan Watak Peter Parker

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in