Filem Split Review: Antara Lakonan Terbaik dari James McAvoy


split movie, poster, film, james mcavoy
Cuba bayangkan ada 23 jiwa yang menghuni dalam jasad kita mereka mempunyai keinginan yang berbeza,  niat yang berbeza,  serta daya fikir yang berbeza? Ye begitulah nasib Kevin yang mempunyai pecahan 23 personaliti yang berbeza setiap dari mereka.

Tajuk: Split
Arahan & Ditulis: M. Night Shyamalan
Genre: Thriller, Seram
Produksi: Blinding Edge Pictures, Blumhouse Productions
Pelakon: James McAvoy, Anya Taylor-Joy, Haley Lu Richardson
Durasi: 1 Jam 57 Min


Review

Pendapat saya sendiri cerita ini sangat kuat twist nya,  siapa sangka James McAvoy mampu membawa pecahan watak yang berbeza dengan sempurna sekali,  sinopsis dia agak Simple sebenarnya,  ianya sekitar tentang pesakit yang mempunyai penyakit DID (Dissociative identity disorder).

 


Meski jalan cerita penuh dengan dialog dan perbualan,  namun ianya tidak lah membosankan,  plot yang terperinci dan kemas tanpa mengubah makna jalan cerita yang asal,  serta penceritaan yang tidak meleret-leret.

 

Apa yang menariknya setiap personaliti Kevin mempunyai pemahaman dan idea yang tersendiri dan secara tidak langsung mencipta sebuah mekanisme pertahanan untuk personaliti yang asal.

 

Dalam banyak personaliti,  yang paling saya gemar adalah Barry,  dia bukan sahaja seseorang pereka fesyen yang mempunyai citarasa yang unik,  malah Barry juga mempunyai personaliti sedar yang istimewa dan mempunyai daya kreativiti  yang amat tinggi dan peka.

 

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan karya M.Night Shyamalan kali ini, dan berharap akan ada lagi cerita sebegini pada masa akan datang.

 

Apa Kata Review Lain?

Shyamalan’s goal is to keep us guessing, and in that respect, Split is a resounding success – even if in others, it could have you rolling your eyes. Peter Debruge, Variety
This psycho-thriller showcases an awards-worthy performance from James McAvoy. Shyamalan papers over plot-holes with dry black humour and well-judged suspense, and – as always – holds back some surprises. – Kim Newman, Empire

Trivia

  • Filem Split ini sudah tercalon untuk London Critics Circle Film Awards.
  • Menerima Metascore sebanyak 76 dari metacritic.com.

Apa Komen Anda?

Filem Split Review: Antara Lakonan Terbaik dari James McAvoy

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in