Staff “Fast Food” ini BIADAP LAGI !!


Bila staff berkerja demi duit semata-mata, bukan kerana amanah/tanggungjawab, itu yang muncul ramai pekerja tidak mesra

Pekerja kedai makan kebanyakkan memang tidak mesra kan? Pengalaman yang saya rasa inilah muncul tiap kali makan luar

Pengalaman saya pernah kerja sebagai staff “fast food”, jadi manager, dan terakhir saya memegang Assistant Restaurant Manager Restoran Pizza di Kuala Lumpur. Saya sendiri suka melayan pelanggan dengan mesra kerana saya suka kerja saya. Mungkin itu punca saya naik pangkat cepat kot.Hehe

Antara kesalahan yang biasa staff restoran lakukan :
1)   Tiada “greeting” ( Ucapan Selamat Datang )
2)   Langsung tidak senyum
3)   Kadang2 kita yang terpaksa panggil staff nak order, sebabkan staff sibuk bergosip dengan kawan
4)   Paling ‘worst’ bila staff tidak ‘repeat order’ , maka terjadilah pelanggan mengamuk sebab order salah buat
5)   Staff tidak tumpu perhatian bila ambil order , sibuk gosip

Cadangan untuk penambahbaikkan mutu pekerja :
1-   Letakkan simbol “Kami mesra Pelanggan”  & kenakan denda kepada staff yang dapat undian tidak mesra


2-  Kerap adakan teambuilding untuk naikkan semangat & mutu khidmat pelanggan (Customer Service)
3-  Berikan bonus tambahan kepada pekerja yang cemerlang ( bukan hanya fokuskan keuntungan syarikat sahaja)
4-  Manager perlu juga tunjukkan contoh-contoh mesra pelanggan dengan kerap ( Jangan hanya layan whatsapp skandal2)

Bagi saya, Pengusaha Restoran perlu lebih tekankan kepada membina team restoran yang mantap. Makanan di restoran memang tidak dinafikan sedap, wifi pun ada, tetapi jika staff kurang mesra juga boleh menyebabkan tiada ‘repeated customer’

Pengalaman saya yang ingat (sebab selalu masak dekat rumah) ialah di KFC Pkns, Shah Alam & KFC 1 Utama (Lower Ground). Korang pernah rasa jugak kan? Share di bawah supaya ramai yang berhati-hati bila berdepan dengan orang seperti di atas.

Apa Komen Anda?

Staff “Fast Food” ini BIADAP LAGI !!

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in