Starbucks Mungkin Diboikot atas Rancangan Pengambilan 10,000 Pendatang


starbucks diboikot, donald trump

WASHINGTON – Penyokong Presiden Donald Trump menggesa rangkaian kedai kopi terkemuka, Starbucks dipulaukan selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Howard Schultz, (CEO) syarikat itu mengumumkan rancangan menggajikan 10,000 pendatang dalam masa 5 tahun akan datang.

Pengumuman dibuat sebagai pendirian membantah perintah eksekutif dikeluarkan Trump menghalang kemasukan rakyat tujuh negara majoriti Islam ke Amerika Syarikat.

“Biar saya mulakan dengan berita yang ada di depan kita: kita semua menyaksikan kekeliruan, kejutan dan bantahan kepada Arahan Eksekutif yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada Jumaat, melarang rakyat beberapa negara Islam daripada memasuki Amerika, termasuk pelarian yang melarikan diri daripada perang.

Walaupun ramai memuji keputusan syarikat berkenaan, ada sebahagian yang lain meluahkan kemarahan berhubung apa yang disifatkan mereka memberi keutamaan kepada pelarian daripada veteran perang dan keluarga mereka.

“Saya memberi jaminan bahawa pasukan Sumber Rakan berhubung dengan rakan lain yang terjejas dengan larangan ini, dan kami melakukan sedaya upaya dan menyokong dan membantu mereka mengharungi tempoh mengelirukan ini,” kata CEO Starbucks, Howard Schultz, dalam surat kepada pekerjanya Ahad lalu.

Starbucks kini mempunyai program menggajikan veteran dan pasangan, mengambil bekerja 8,000 daripada mereka sejak 2014. Malah, Schultz ialah penyokong kuat calon Demokrat, Hillary Clinton, ketika musim pilihan raya, dan dikatakan bakal menjadi Setiausaha Buruh jika Clinton memenangi pilihan raya itu.

Info dari AGENSI, BHarian.

Apa Komen Anda?

Starbucks Mungkin Diboikot atas Rancangan Pengambilan 10,000 Pendatang

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in