Pirates Of The Caribbean – Inilah Susunan Cerita Dari Tahun 2003


Bagi yang baru ingin mengikuti Pirates of The Caribbean. Mungkin anda perlu memahami sedikit sebanyak perjalanan cerita ini yang bermula sejak dari tahun 2003. Bagi yang ingin ‘refresh’ kembali sebelum menonton episod yang terbaru dari mereka iaitu Salazar’s Revenge yang menemui peminat di pawagam pada 25 Mei 2017. (Rujuk review di SINI)

Bila dah masuk musim panas je mesti banyak Movie best-best kan? Masa ni lah studio-studio filem otai keluarkan filem-filem blockbuster yang dah lama kita nantikan salah satu nya adalah francais Pirates Of The Caribbean (POTC)

Francais POTC ni bermula pada tahun 2003 lagi di bawah studio Walt Disney Pictures danĀ  telah berjaya mencipta legasi filem ini tersendiri dan filem yang kelima bakal di tayangkan di Malaysia pada 25 Mei 2017. Jadi apa kata kita lawat balik sedikit ringkasan untuk 4 filem sebelum yang terbaru iaitu Salazar’s Revenge

 

1. POTC: Curse Of The Black Pearl

Di sini lah segala pengembaraan bermula, kita di perkenalkan dengan watak Elizabeth Swan yang ternampak kapal Black Pearl, sebuah kapal lanun lagenda yang jadi ancaman pada kerajaan Britain, dari situ lah Elizabeth jumpa Will Turner budak yang terdampar dari cebisan kapal yang musnah. 8 tahun berlalu, Will Turner menjadi tukang besi untuk Gabenor, kisah di teruskan dengan hadirnya Captain Jack Sparrow ke Pelabuhan British untuk mendapatkan sebuah kapal yang boleh menandingi kelajuan The Pearl ( kapal asal milik Jack, tetapi di khianati oleh orang kanannya sendiri, Hector Barbossa) dan POTC ini juga ada menceritakan bagaimana para kru The Pearl terkena sumpahan undead ( mereka tak hidup, malah tak juga mati)

 

2. POTC: Dead man chest

Susulan kisah Curse of the Black Pearl, Will Turner dan Elizabeth Swann di kenakan waran tangkap kerana menolong Kapten Jack Sparrow, sebagai pertukaran empayar kerajaan inginkan kompas milik Jack dan akan memberi pengampunan kepada salah satu dari mereka. Kisah ini juga memberi pengenalan pada watak baru seperti Bootstrap Bill dan Davy Jones.

 

3. POTC: At World’s End

Sambungan dari kisah sebelum ini di mana Elizabeth Swann, Hector Barbossa dan Will Turner mengembara ke dasar laut untuk selamatkan Captain Jack Sparrow dan Syarikat Hindia Timur inginkan kedamaian antara lanun. Kisah ini juga telah menyatukan 9 kapten lanun dalam peperangan menentang Kerajaan empayar British.

 

4. POTC: On Stranger Tides

Boleh saya katakan francais yang ke 4 ini lebih beri tumpuan pada pengembaraan Captain Jack Sparrow dalam mencari The Fountain Of Youth, siri kali ini juga memberi pengenalan pada watak baru seperti Angelica ( kekasih lama Jack Sparrow) dan Edward Teach ( atau dikenali sebagai Blackbeard, kapten lanun yang digeruni ramai)

Jadi itu lah ringkasan untuk 4 cerita sebelum ini, jadi jangan lupa saksikan Pengembaraan terbaru Jack Sparrow dalam mendapatkan ‘Poseidon Trident’ untuk menentang Kapten lama beliau iaitu Armando Salazar di pawagam yang berhampiran bermula 25 Mei ini. Nak tahu review filem Pirates Of The Carribien : Salazar’s Revenge ini tentang apa ? Klik saja di SINI. Stay tuned untuk lebih banyak ulasan filem yer.

Apa Komen Anda?

Pirates Of The Caribbean – Inilah Susunan Cerita Dari Tahun 2003

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in