TAHNIAH!! Azizulhasni Awang Juara Dunia Perlumbaan Basikal


Tahniah di ucapkan kepada Azizulhasni Awang kerana berjaya meraih pingat emas sekaligus meraih gelaran Juara Dunia di kejohonan Berbasikal Trek Dunia, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Hongkong pada 13 April yang lalu

Azizul sekaligus mengakhiri penantian selama 10 tahun beliau. Beliau juga pernah berhasrat , “Suatu hari nanti, pasti hari ini akan tiba”. Dan sememangnya hari yang ditunggu beliau dan seluruh rakyat Malaysia telah tiba. Alhamdulillah

Pelumba dengan gelaran ‘Pocket Rocketman‘ itu melakukan kayuhan bertenaga menuju garisan penamat, 0.382 saat mengatasi pelumba Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata, yang memenangi perak dan Tomas Babek dari Republik Czech gangsa.

Dalam pusingan kedua sebelum itu, Azizulhasni menamatkan saingan di tempat keempat ketika pelumba Jerman, Joachim Eilers, di kedudukan kedua di belakang pendahulu, Matthew Glaetzer.

Bagaimanapun, penyertaan Eilers dibatalkan kerana didapati bersalah menyentuh Azizulhasni dan keputusan itu melonjakkan pelumba Malaysia berkenaan ke tempat ketiga, sekali gus menempatkannya dalam pusingan akhir.

Pelumba Australia, Glaetzer, gagal beraksi cemerlang dengan sekadar di kedudukan keempat dalam pusingan akhir itu.

Anak jati Terengganu itu menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI selepas meraih perak pada 2009 (pecut), 2010 (keirin) dan gangsa pada 2015 (keirin) danĀ 2016 (keirin). Yang pastinya kali ini, pasti beliau akan di beri sanjungan lebih tinggi berbanding keraajan negeri Terengganu yang diterima sebelum ini.

Keputusan pusingan akhir:

1. Azizulhasni Awang (MAS)
2. Fabian Hernando Puerta Zapata (COL) +0.382
3. Tomas Babek (CZE) +0.417
4. Matthew Glaetzer (AUS) +0.473
5. Pavel Kelemen (CZE) +0.590
6. Marc Jurczyk (GER) +0.663

credit : stadiumastro

Apa Komen Anda?

TAHNIAH!! Azizulhasni Awang Juara Dunia Perlumbaan Basikal

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in