Tips Diet di Bulan Ramadhan


Ramai sudah mula berazam untuk kurus di bulan puasa ini kan? Bulan Ramdhan sudah tiba. Selain mengejar pahala berlipat kali ganda , jangan dilupa untuk menjaga tahap kesihatan kita. Mungkin kita sudah biasa dengan situasi beli banyak-banyak di bazar ramadhan, sekali tidak habis kan. Jom abam kongsikan sedikit cara diet yang berkesan di bulan puasa.

Jadual pemakanan sahur

1- JANGAN SESEKALI skip sahur. Sahur ini penting bagi memberi tenaga kepada badan dan minda untuk berkerja sepanjang hari

2- Jika berniat tak nak makan nasi, korang  boleh ambil buah-buahan ataupun kurma sebagai insulin semulajadi tenaga sepanjang hari

3- Amalkan minum susu segar yang baik untuk tulang

4- JANGAN MINUM AIR TERLALU BANYAK kerana badan akan kesan air yang berlebihan lalu mengeluarkan sebagai bahan buangan.

5- MINUMAN KAFEIN – Tinggalkan kerana ia boleh memulaskan perut kosong

6- Bagi mereka yang kurus digalakkan mengambil sumber karbo seperti roti dan nasi sebagai sumber tenaga

 

Pemakanan semasa berbuka puasa

1)  Seeloknya mengambil satu atau dua biji kurma dan segelas air suam

2) Terus mengerjakan solat maghrib berjemaah bersama keluarga dan rakan seperjuangan.

3) Elakkan mengambil makanan berminyak, berlemak seperti kulit ayam diikuti sumber karbo dan sayur yang segar

4) Berhentilah makan sebelum kenyang mengikut sunnah Rasulullah

5) Sebaiknya amalkan sifat berjimat dan bersedekah supaya tidak membazir dengan juadah yang berlebihan

6) Bagi mengelakkan anda mengantuk semasa terawikh, amalkan pemakanan yang sederhana tanpa perut yang agak penuh

7) Kurangkan makanan yang bergula tinggi & minuman yang gunakan pemanis buatan

8) Amalkan jus dan yogurt (Baik untuk pengahadaman)

Senaman di bulan puasa ?

    • Senaman elok dilakukan sekurangnya 15-30 minit setiap hari
    • Amalkan senaman kardio bagi mengeluarkan peluh sambil menghirup udara yang segar
    • Nak dapatkan perut yang cantik, lakukan senaman crunches dan plank dengan kerap (Boleh tengok video DISINI
  • Sambil menunggu untuk berbuka puasa, boleh cuba sapu halaman rumah, berjalan kaki ke bazaar, lompat bintang di halaman sampai lencun

Bulan Ramadhan bulan menahan diri untuk kearah yang lebih baik. Jadi korang boleh mula dengan mendisplinkan diri dalam menjaga pemakanan. Mungkin ada yang merungut kelaparan atau letih, tetapi dalam ISLAM itu sendiri mudah dan cantik kan. Pastikan punyai niat yang betul dan keinginan yang tinggi untuk berubah.

 

 

Apa Komen Anda?

Tips Diet di Bulan Ramadhan

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in