Percutian Jimat ke Jogjakarta Indonesia


Day 1

Pada hari pertama kami berada disana kami disambut oleh seorang tour guide ataupun supir tapi kali lebih selesa memangil beliau sebagai mas Danu. Jika dilihat dari segi perwatakannya sangat lah seorang yang sopan dan tidak penah lokek dengan senyuman kepada setiap pengujung  yang tiba. Sangat recommended mas ini yaa. Pada awal sesampainya kami di airport mungkin kerana masih belum terbiasa dengan mata wang disana agak terkejut bila setiap harga makanan beribu ribu rupiah dan tips untuk menghilang kan kegusaran di hati (jujur) anda boley bahagi 3+++ dan boleh bajet setiap harga dalam ringgit.

Sepanjang perjalanan kami dapat dilihat budaya dan kehidupan masyarakat setempat pada bagi saya sangat harmoni walaupun sesak dengan penduduk yang ramai. Kenapa dikatakan harmoni kerana dalam perjalanan kami menuju ke Bandar Jogjakarta dapat dirasai apa yg yang diperkatakan oleh Mas Banu dimana traffic jammed ade dimana2. Yang sangat mengagumkan kami walaumacamana sekalipun jalan sesak tetap kami dapat bergerak dan dapat saya simpulakan ini adalah semangat toleransi dari setiap penduduk yang berada disana. Tiada pergaduhan diantara mereka dimana yang penting tugas sebagai seorang citizen adalah tanggungjawab masing2. Jika teman teman atau sesiapa sahaja yang bertanya, hostel ini sangat saya rekemenkan kerana harganya yang sangat berpatutan disertai penginapan yang sangat selesa dalam bentuk hostel para backpackers. Penerangan Hostel Omah ini akan saya jelaskan lebih lanjut dalam artikel tips dan bajet ke Jogjakarta.

 

Lapangan Terbang, Adisumarmo International Airport, Solo.

Indonesia : Terkenal dengan Ayam Penyet & Lauk-Lauk  yang banyak

 

Day 2

Pada Hari kedua kami bergerak seawal 4 pagi dan menuju ke Kalibiru Wista Alam dan Fuhh namanya semegah tempat nya dimana kami disajikan dengan pemandangan hutan belantara berlatar belakang tasik yang sangat indah. Dengan kadar kemasukkan disana 10 ribu dan ambil gambar yang menarik diatas pokok, buaian dan jambatan yang telah disediakan semurah 5ribu sekeping (dalam bentuk digital) why not? Tips disini anda haruslah bijak untuk memilih spot kesukaan terlebih dahulu tanpa perlu kesana kemari kerana jika terlewat atau dalam keadaan pengunjung yang ramai anda mungkin atau memang kene beratur panjang paling cepat tiga jam beb. Dalam masa menunggu giliran masing-masing untuk bergambar kami sempat singgah di warung yang berdekatan sambil pekena maggi hotpot yang tersedia disana.

 

Kalibiru wisata alam

Seterusnya kami ke gereja ayam dimana terkenal dengan pembikinan filem ada apa dengan cinta 2. Kepada yang meminati filem yang sangat popular di sekitar negara serumpun kita termasuk Malaysia. Bagi kami yang lain, tempat ini memang sangat unik untuk dilawati because once you travel it not the destination, it’s about the jouney and the people that you would meet. Entrance fee ke gereja ayam adalah 30k setiap seorang dan servis yang disediakan amat menarik seperti melawat seluruh tempat dan juga juadah ringan iaitu ubi goreng untuk santapan pengunjung.

Gereja Ayam : shooting scene for Ada Apa Dengan Cinta 2
*gambar happy sekadar hiasan.

Day 3

            Pada hari ketiga kami bangun seawal jap 4 pagi waktu Jogjakarta kerana subuh disana seawal4:40 pagi untuk bersedia dalam pengembaraan mengejar tempat menarik sepanjang berada disana tanpa ade kesulitan. Huhu. Disini saya ingin bagi lagi kredi kepada Mas Banu yang sangat arif tentang jalan dan geografi di bumi Jogjakarta ini. Mungkin ini adalah satu benda yang asing bagi saya kerana jika beliau bilang satu jam, maka diwaktu itulah keberadaan kita disana. Gaya pemanduannya yang tenang dan cekap amatlah menenangkan hati kami walau pada mulanya kami agak terasa dalam scene Fast Furious bila terkejar menuju ke satu tempat. Pada pagi itu kami tiba di Bukit Buah Mangunan walaupun jujur tiada buah pada pandangan saya sepanjang berada di atas akan tetapi masyallah pemandangannya begitu cantik sekali disertai dengan awan karpet yang sangat popular untuk dinikmati oleh para pendaki dan pengembara.

Kebun Buah Mangunan

Dalam perjalanan turun pula kami sempat singgah di Jurang Tembelan untuk menikmati pemandangan yang berkonsepkan sampan di atas awan karpet. Disertakan dalam gambar dibawah dapat kita lihat pelbagai bentuk jenis spot sampan yang telah disediakan untuk pengunjung dan bagi mereka yang bertuah dapat view sampan yang terapung di atas awan. Tak lupa juga Hutan pinus yang sangat popular dengan pokok pine yang terletak sepanjang perjalanan kami ke bawah. Sesiapa sahaja tak kira pengunjung atau pengembara pasti rasa jatuh dengan background landskap yang terletak di hutan pinus. Pokoknya tinggi mencanak di awan awangan dan keluasan tempat itu yang agak unexpected to have a lot of tree like that.

Jurang Tembelan & Hutan Pinus

Seterusnya selepas makan tengahari di kedai ayam penyet tempatan (jujur saya katakan rasanya sangat original) kami akan mula beraktiviti yang bias mengeluarkan peluh dan kegirangngan yang kian membuak di dalam jiwa. Kami terus menuju ke gua pindul yang terkenal dengan water rafting dan cave rafting. Itu adalah antara aktiviti yang tersedia disitu dan kami memilih untuk melakukan cave rafting dimana entrance fee adalah 80k. Apa yang boleh dikatakan daripada sesetengah pengunjung yang pertama kali menyertai aktiviti ini boleh mendapat kepuasan dan bagi saya mungkin akan cari aktiviti yang lebih mencabar di kemudian hari.

Gua Pindul, Gunungkidul, Jogjakarta.

 Kemuncak perjalanan kami yang paling diperkatakan setiap kali perjalanan adalah menuju ke Pantai Timang. Ombak nya sangat luar biasa dan tarikan yang paling famous disitu adalah Gondola yang digerakkan menggunakan tenaga manusia. Namun kami lebih memilih untuk mencuba satu lagi tarikan baru yang terdapat disana iaitu jambatan gantung yang boleh tahan ketinggian kegayatan yang dirasai. Entrance fee untuk gondola adalah 200k dan jambatan adalah 100k. Jangan terkejut jika anda basah dalam perjalanan menuju ke batu besar yang berada agak ditengah itu kerana paras ombak yang melantun mungkin terlalu tinggi dan mengenai kalian.

 

Pantai Timang, Jogjakarta

 

Day 4

Today is the last day for the Trip. Pada awal pagi nya seperti biasa kami bangun diawal pagi selepas bersiap dan solat subuh seterusnya menikmati sunrise di Gunung Merapi. Gunung Merapi adalah antara gunung berapi yang masih aktif terletak di daerah Jogjakarta.

Kemudian kami ke Candi Borobudur yang terletak di daerah Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. So, kalau korang yang mana minat sejarah dan tamadun awal manusia ini adalah tempat yang direkemenkan  untuk lebih memahami kajian sejarah yang kita belajar sekitar tingkatan 3 suatu ketika dahulu. Okay bagi entrance fee kat sini adalalah sekitar 260k bagi setiap seorang. Okay yang mana tak minat sejarah boleh pusing2 cuci cuci mata untuk mendapatkan souvenir atau ole2 sepanjang perjalanan keluar dari Borobudur dan jangan terkejut jika anda difollow oleh beberapa pengamen atau peniaga yang bagi saya hanya mencari rezeki dan jika tidak mahu boleh tolak cara baik. Sesudah pusing pusing sekitar Candi Borobudur dan kedai2 kraftangan yang berdekatan kami terus menuju ke lapangan terbang di daerah Solo. Walaupun masa tidak mengizinkan untuk lepak lebih lama, kami tetap berasa puas dan mungkin akan repeat trip for the next because Jogjakarta is awesome!

 

Candi Borobudur

Baiklah, next post saya akan sharekan bajet perjalanan secara lebih ringkas. Boleh rujukan artikel SINI mengapa saya katakan bercuti disini jimat.

Apa Komen Anda?

Percutian Jimat ke Jogjakarta Indonesia

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in