Transformers 5 The Last Knight (2017) Review: Filem Kali Ini Menghampakan


transformers 5 review

Filem Transformers 5 yang berjudul The Last Knight kali ini sememangnya menghampakan. Tapi jangan risau admin hanya memberikan kritikan daripada pendapat admin dan kawan-kawan selepas menonton filem ini.

Sebelum tu mari kita lihat dulu detail dan sedutan ‘trailer’ mengenai filem Transformers 5: The Last Knight ini terlebih dahulu.

Filem arahan Michael Bay kali ini membawa kita kepada kesenambungan Transformers 4. Antara pelakon-pelakon yang terlibat ialah Mark Wallberg, Laura Haddock, Anthony Hopkins, Josh Duhamel, dan Isabela Moner.

Rasanya selepas menonton trailer di atas ramai yang dapat baca apa yang akan berlaku dalam filem Transformers kali ini. Ya betul Optimus Prime berpaling tadah.

transformers 5 review

Tapi ianya bukan setakat itu sahaja, banyak lagi cerita disebaliknya. Yang ini admin tak nak cerita lah nanti ‘spoiler’ pulak. Nak tahu boleh menonton sendiri tapi ‘watch with your own risk’.

Filem Sci-Fi ini mempunyai durasi sepanjang 2 jam setengah. Memang juling jugaklah mata tengok CGI dia. Sampai ada yang kata filem ini macam CGI show semata-mata.

transformers 5 review

Pada pendapat admin, pelakon-pelakon semua memang mantap terutamanya Anthony Hopkins memegang watak sebagai Sir Edmund Burton, satu-satunya waris yang menjaga rahsia Transformers pada masa lampau.

Apa yang menghampakan ialah yang paling kritikal admin rasa pada bahagian klimaks dia. Malah plot ceritanya juga meleret. Anda akan rasa filem ini sangat-sangat lama.

transformers 5 review

Transformers kali ini tidak se’epik‘ seperti Transformers sebelum ini. Lagi-lagi pada bahagian ‘fighting scene’nya. Mungkin admin yang mengharapkan pergaduhan antara Optimus Prime dan Bumblebee itu lebih menakjubkan.

Yang lagi sedih apabila lawan Big Bossnya bang. Hampeh. Macam main game je. Cybertron yang menghampakan.

Kepada sesiapa yang ingin menonton filem Transformers The Last Knight (2017), admin pesan kalau boleh janganlah miss bahagian awal dia dan ada ‘after credit scene’ sebaik sahaja habis filem tersebut.

Credit scene tersebut menunjukkan seorang wanita berpakaian biru ala-ala Egypt atau ia sebenarnya merupakan Quintessa memberitahu sepasukan saintis mengenai Unicron (bumi).

Ianya mungkin menjadi ‘Villain’ untuk filem Transformers yang seterusnya.

Apa Komen Anda?

Transformers 5 The Last Knight (2017) Review: Filem Kali Ini Menghampakan

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in