‘Underworld: Blood Wars’ Perang Vampire & Lycan Kembali !


Underworld: Blood Wars
thumbnail-caption

[fb_button]

Dari ‘Underworld 2003’ sequel filem perang antara puak Vampire (Pontianak) dan Lycan (Serigala Jadian) bersambung sehingga ke ‘Underworld: Blood Wars 2016’. Kepada pembaca BloggerBar hari ini, admin ingin share sedikit apa yang menarik dalam filem ini!

Sinopsis Ringkas

Sebelum kita bermula mari kita lihat sinopsis ringkas filem ‘Underworld: Blood Wars’. Filem ini adalah kesambungan perang antara puak Vampire dan Lycan dari ‘Underworld: Awakening’. Di mana Selene, bekas pembunuh upahan elit dari puak Vampire yang telah lama menghilangkan diri sejak berpisah dengan anak perempuannya, Eve. Selene kini dipanggil semula oleh Puak Pontianak yang dahulu pernah ingin membunuhnya untuk melatih askar pontianak-pontianak muda bagi menentang Puak Lycan yang kini dipimpin oleh Marius. Namun terdapat muslihat dalam Puak Vampire yang menyebabkan Selene terpaksa menghadapi semula konflik antara dua puak tersebut.

Watak Baru Yang Diperkenalkan

Setiap sequel dari filem ‘Underworld’ pasti mengenalkan watak-watak baru yang menarik bagi menghidupkan semula jalan cerita ia. Namun, terdapat beberapa watak yang masih kekal dari ‘Underworld: Awakening’ seperti Selene dan David yang dilakonkan oleh Kate Beckinsale dan Theo James. Apa yang menarik pada pendapat admin ialah watak Marius.

Marius Underworld Blood Wars
Marius ‘Underworld: Blood Wars’

Marius dilakonkan oleh Tobias Menzies, pelakon yang berasal dari London, UK terkenal dalam drama bersiri, Game of Thrones. Marius diperkenalkan sebagai pemimpin baru dari Puak Lycan yang sangat digeruni oleh Puak Vampire atas kewibawaan dan kekuatannya. Penonton akan lebih mendalami watak Marius dalam pertengahan dan pengakhiran filem ini.

Semira Underworld Blood Wars
Semira ‘Underworld Blood Wars’

Semira lakonan Lara Pulver merupakan ketua di antara Puak Pontianak. Walaupun latar belakangnya tidak banyak diberitahu dalam filem kali ini. Namun Penonton pasti akan terhibur dengan wataknya yang gila kuasa dan penuh dengan muslihat.

Trailer

Rating

‘Underworld: Blood Wars’ mendapat rating sebanyak 6.4 dari 10 di IMDb. Admin akan rate filem ini dari beberapa aspek. Jalan cerita, CGI, lakonan dan aksi. Filem ini mempunyai jalan cerita yang mudah untuk difahami namun kepada penonton yang tidak pernah menyaksikan filem ‘Underworld’ sebelum ini mungkin akan ada sedikit rasa confuse kerana ia adalah sequel. CGI filem ini boleh dikatakan sangat advanced malah colour tone cerita ini juga sesuai dengan genre yang dibawa dalam filem ini – dark macam tu. Lakonan dan barisan pelakon juga sangat mantap. Aksi filem ini boleh dikatakan okay, tetapi bagi pendapat admin yang pernah menyaksikan seluruh prequel filem ‘Underworld’, admin rasa admin pernah melihat aksi yang lebih ganas dalam filem sebelum ini. Dalam BloggerBar, admin boleh beri rating sebanyak 7.5 dari 10.

Kesimpulan

Kepada sesiapa yang belum menyaksikan filem ini di pawagam, jika anda meminati filem bergenre aksi ganas ini, filem ini mungkin boleh menghiburkan anda. Nasihat dari admin, anda mungkin boleh saksikan filem ‘Underworld: Awakening’ sebelum menyaksikan filem ini untuk memberi lebih kefahaman tentang dunia ‘Underworld’.

Apa Komen Anda?

‘Underworld: Blood Wars’ Perang Vampire & Lycan Kembali !

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in