Filem Seram Vietnam VOODOO DOLL (2017) Movie Review


FILEM SERAM VIETNAM YANG BERMULA DENGAN LUCU DAN MENYERAMKAN NAMUN BERAKHIR DENGAN KEKECEWAAN


Tajuk: Voodoo Doll (2017)
Genre: Seram, Komedi
Durasi: 88 minit
Arahan: Hanh Nhan
Pelakon: Truong Quynh Anh, Dustin Nguyen, Kim Tuyen, Mac Van Khoa, Hoa Minzy


SINOPSIS

Thu, Quan dan Hanh adalah rakan sekelas di sebuah sekolah berasrama penuh. Hung yang telah menjadi guru ganti di sekolah mereka terkejut melihat Thu, kerana dia kelihatan sama seperti bekas teman wanitanya yang meninggal dunia 10 tahun lalu. Ini menjadikan Huong, isterinya cemburu. Dalam pada masa yang sama, ketiga-tiga mereka iaitu Thu, Quan dan Hanh dengan tidak sengaja telah terjumpa sebuah patung Voodoo yang tersembunyi di dalam bilik darjah mereka dan patung itu secara tidak sengaja telah membuatkan hantu yang sudah kian lama menghilang tiba-tiba muncul kembali dan mengganggu isteri Hung. Dari saat itu terjadilah perkara-perkara yang tidak dapat dijelaskan.

REVIEW

Secara jujurnya, ini pertama kali admin menonton filem seram dari Vietnam dan pada mulanya admin memang tertarik dengan babak-babak dalam filem Voodoo Doll ini yang amat menyeramkan di tambah pula dengan bunyi-bunyi ‘sound effect’ yang amat menyeramkan dan mampu membuat anda semua tidak senang duduk. Lakonan mantap dari Truong Quynh Anh, Mac Van Khoa, dan Hoa Minzy yang berlakon sebagai tiga sekawan betul-betul menjadi dan melucukan. Selain itu, lakonan mantap dari Kim Tuyen sebagai watak isteri jahat yang pendendam dan cemburu dapat menarik perhatian penonton yang tidak mengenali langsung beliau. Namun di pengakhiran kisah seram ini memang amat mengecewakan admin dan kemungkinan kesemua penonton yang datang melihat filem ini.

Permulaan filem Voodoo Doll ini memang berjaya menarik minat admin dengan jalan ceritanya yang menunjukkan bahawa Voodoo Doll yang telah dijumpai oleh Thu, Quan dan Hanh ini telah mengakibatkan bayangan dan juga kelibat hantu yang sering mengganggu isteri Hung 15 tahun dahulu muncul kembali. Namun, plot pertengahan filem ini mula membosankan kerana banyak sedutan yang mengelirukan hasil dari imbasan kembali kisah lampau Hung. Tetapi kesemua kekeliruan itu diterangkan semula di babak terakhir filem. Yang mengecewakan admin adalah apabila di penghujung filem ketika mana adengan kemuncak.

TRAILER VOODOO DOLL

Apa Komen Anda?

Filem Seram Vietnam VOODOO DOLL (2017) Movie Review

log in

Don't have an account?
sign up

reset password

Back to
log in

sign up

Captcha!
Back to
log in